`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, May 17, 2015

Zaman Dahulu Melanun Lautan, Zaman ini Melanun Perbendaharaan.



Saya sudah beritahu – orang yang selalu ungkit baka dan keturunan ialah orang yang tidak ada modal hendak pertahankan diri. Bila di hentam dengan kuat suatu ketika dahulu- Najib kata dia anak Tun Razak.

Seolah olah bila sebut nama Tun Razak, perkara luarbiasa akan berlaku. Jangan kasi busuk nama bapak. Anak yang buat onar dan jadi pelesit, bukan salah bapak atau ibu yang mengandung.

Sekarang sibuk ungkit dia keturunan bugis. Zaman dahulu orang Bugis melanun sana sini dan pada zaman itu pencapaian Bugis di lautan menjadi kebanggan orang Melayu nusantara.

Kita tidak ada masaalah jika orang Melayu- Bugis atau bukan , mahu meromantiskan kepahlawanan orang zaman dahulu. Bangsa lain pun melakukan demikian.

Kepahlawanan orang Bugis dikagumi. Itu zaman dahulu.

Hari ini, lanun diburu dan dianggap sebagai penjahat. Saya harap itu bukanlah persamaan yang di cari oleh Najib- dahulu melanun lautan, hari ini melanun perbendaharan.

1 Malaysia dalam bahaya dan PM kita masih hendak kelentong rakyat?

Pa wau nun dal ya kaf betul!

3 IPP yang dibeli mempunyai nilai RM10.9 billion. Ambil hutang sebanyak RM20 billion nak beli 3 IPP ini. RM10 billion lebihan buat apa?

Nilai tanah di air hitam Pulau Pinang ialah RM2 billion. Itu pun harga kautim dengan pimpinan UMNO tempatan. Lanun semua budak2 ini.

Pada penghujung tahun 2015, nilai tanah 70 ekar di TRX dan 500 ekar di Sungai Besi ialah RM5.8 billion. 

Campur ini semua 2 billion + 10.9 + 5.8 hanya beri RM18.7 billion sahaja. Hutang RM46 billion. RM27 billion mana pi?

Itupun nilai tanah TRX dan Sungai Besi semua di naikkan secara artifisal sedangkan harga belian sangat murah. Tanah 70 ekar di TRX dibeli pada pada harga RM194 jutadan tanah 500 ekar di Sungai Besi pada harga RM1.67 billion. Jumlah 2.17 billion sahaja.

Jika kena jual tanah2 ini, saya tidak fikir ada orang hendak beli lebih sangat dari RM5.8 billion walaupun 1MDB kata mereka dah belanja lebih RM3 billion untuk bina infra dan kerja2 tanah.mungkin dapatlah appreciation sedikit.

SPRM kena cek kos RM3 bilion ini betul atau tidak. Ini 1MDB penuh dengan lanun2 modern.

Cerita 1MDB ini cerita kelentong, bohong dan dusta sepanjang jalan.

Jangan kita lupa jaminan kerajaan terhadap bon dan hutang yang diambil oleh 1MDB. Dan jangan ingat menggunakan istilah Islamik seperti sukuk dan murabaha dan apa2 lagi, menyelamatkan kerajaan Najib dari kecuaian tanggung jawab menjaga ekonomi negara Malaysia.

Terbitan bon dan pinjaman yang dibuat oleh 1MDB semua adalah surat akuan aku berhutang dengan kamu yang tidak disandar pada assets mana2 kecuali jaminan kerajaan Malaysia. Jika 1MDB tidak boleh bayar, atau berlaku cross default dalam mana2 pinjaman atau bayaran kadar kupon keatas bon, maka kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh keturuan Bugis ini,  kena bayar semua.

Jika ada hutang RM27 billion, kerajaan Malaysia kena bayar.

Soal jaminan atau government guarantee ini bukan main main punya hal. Kerajaan sedar bahawa terbitan bon dan tangungan hutang semua tidak ada asset, tapi mereka menggadai masa depan negara , menjadi galang ganti mempertahankan 1MDB.

You allow 1MDB to rake up debt papers which are asset-less. itu kerja pembohongan. Memperdagang kertas2 IOU.

Macam mana suruh orang beli kertas hutang yang tidak ada asset? Itu membohong dan menipu nama nya.

Dan memberi jaminan kerajaan bukan sesuatu perkara yang boleh dipandang enteng. Malaysia boleh jadi Argentina dan Greece macam ini. Seluruh cabinet bertanggung jawab keatas pemberian jaminan keraajan.

Maka dalam keadaan begini, seluruh cabinet mesti letak jawatan sebab seluruh kapal yang bernama Malaysia di nakhodai oleh Najib dan Muhyidin dan crew nya ialah menteri2 dan pimpinan kerajaan yang lain.

1MDB ini sebuah syarikat yang beroperasi secara swasta- apa yang spesial sangat dengan 1MDB sehingga Najib mahu menggadai masa depan negara?

Bila negara dalam bahaya, janganlah hendak cuba berselindung dibawah keturunan Bugis atau tidak.  Kalau rasa Bugis sangat, elok Dato Najib menetap di Makassar jadi gabenor sana dan lihat sama ada masyarakat Bugis disana hendak pilih Dato Najib atau tidak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.