`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 28, 2015

Henti komen 1MDB ketika siasatan dan hormat "due process of law"


Setuju sangat semua pihak perlu berhenti komen tentang 1MDB ketika siasatan sedang dijalankan. Ianya perlu supaya tiada usaha dari mana-mana pihak untuk pengaruhi hasil siasatan.

Ada sesetengah soalan yang dituntut jawapan dari pelbagai pihak tidak terjawab oleh Dato Najib disebsbkan ia boleh pengaruhi siasatan.

Bayangkan jika Dato Najib membuat kenyataan, bukankah itu akan susahkan pihak penyiasat.

Memang lambat dan boleh menimbulkan dakyah dan fitnah politik, malah kelihatan melambat-lambatkan tapi di sini Dato Najib telah serahkan nasibnya kepada siasatan.

Ia sesuatu yang tidak pernah berlaku pada pentadbiran sebelum ini.

Pentadbiran Najib memberi kepercayaan pada due process of law walaupun ia boleh terbuka pada pendakwaan dan menjejaskan politiknya.

Cuma agak pelik pejabat PM buat kenyataan begini ...


Khususnya menyebut dan menegur TPM cara terbuka ...


TPM diserang secara terbuka kerana menyuarakan kerisauan tentang kedudukan politik parti UMNO dan BN yang mana telah dikorbankan demi due process of law.


Perlu fahami kerisauannya. Dalam ucapan penuh Muhyiddin jelas kata dia tak ada niat untuk tentang President.

Walaupun mungkin banyak butiran dalam fact sheet tapi banyak juga isu2 yang ditimbulkan The Edge dan Sarawak Report serta WSJ yang tak dijawab tapi tersebar begitu meluas hingga membina persepsi segmen pengundi urban dan middle class.

Kita lambat menangani Sarawak Report!

Ini memang adalah kerisauan ahli dan penyokong UMNO yang disuarakan TSMY.

Oleh itu agak terlampau untuk terus menuntut letak jawatan. Terutama bila berkali2 TSMY sebut dia tidak menentang Najib. Ianya dilaporkan Singapore ST diperolehi dari blog Annie di SINI

Baiklah! Jika TSMY tak patut bersuara. Jangan pula ada usaha anih-anih untuk pengaruhi sisatan.

Baik dengan konspirasi terhadap Gani Patail atau lain-lain batu api seperti berikut:




Jika itu jalan yang diambil empunya badan, semua pihak perlu ikut dan hormati due process of law.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.