`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 10, 2015

Jho Low Ada Wang Simpanan Berjumlah RM1.9 Billion



Pihak berkuasa Malaysia menerima maklumat mengenai akaun individu dari Malaysia, yang merupakan sebahagian daripada siasatan dakwaan penyelewengan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu didedahkan Wall Street Journal (WSJ), berdasarkan dokumen berkaitan siasatan berkenaan.

Maklumat tersebut mendedahkan individu berkenaan, yang dIkenali sebagai Jho Low yang dipercayai membantu menubuhkan 1MDB, mempunyai lebih daripada AS$500 juta (RM1.9 bilion) dalam akaun peribadinya.

Maklumat berkenaan jumlah wang dalam akaun Jho Low, menjadi tumpuan siasatan polis Singapura dan Bank Negara Malaysia (BNM), selepas polis Malaysia meminta kerjasama Singapura untuk membantu menyiasat dana terbabit.

Low sebelum ini menafikan sebarang penglibatan dalam 1MDB dan mempertahankan beliau tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi dalam syarikat berkenaan.

Low sebaliknya menyifatkan peranan beliau hanya sebagai penasihat.

WSJ minggu lalu mendedahkan siasatan ke atas 1MDB mengesan hampir AS$ 700juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke dalam akaun peribadi dipercayai milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Namun dakwaan itu dinafikan Najib.

Siasatan mendapati sumber asal dana berkenaan tidak jelas, sementara siasatan kerajaan tidak memperincikan apa sebenarnya yang berlaku. 

Pihak berkuasa Malaysia minggu lalu menerusi Pasukan Petugas Khas membekukan enam akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan pemindahan wang tersebut, namun tidak mendedahkan pemilik akaun terlibat.

Peguam Negara pada Khamis mengesahkan tiga daripada akaun yang dibekukan bukan seperti dilaporkan dalam WSJ.

Pasukan Petugas Khas turut menyerbu pejabat 1MDB pada Rabu, danmerampas dokumen yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan.

Low menjadi individu berprofil tinggi di Amerika Syarikat berikutan minatnya dalam pembelian hartanah mewah di negara berkenaan, serta hubungan rapatnya dengan golongan sosialit seperti Paris Hilton, selebriti Leonardo Dicaprio.

Syarikat Low terlibat dalam urusniaga pengambil alihan syarikat EMI Music Publishing dan Hotel New York Park Lane.


-astroawani

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.