`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, July 18, 2015

'Papagomo' dibebas dengan jaminan polis

Penulis blog kontroversi Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang lebih dikenali sebagai 'Papagomo' dibebaskan hari ini selepas ditahan berkaitan postingnya berkaitan insiden rdi Plaza Low Yat Ahad lalu.

"Dia dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 4.30 petang tadi," kata peguamnya Ahmad Shuaib Ismail kepada Malaysiakini.

Wan Muhammad ditangkap pada awal pagi Rabu ekoran postingnya sebelum insiden di luar gedung beli-belah popular IT di Kuala Lumpur itu.

Tempoh reman ke atasnya bagi membolehkannya disoal siasat di bawah Akta Hasutan, tamat hari ini.

Ahmad Shuaib (gambar) berkata, tidak ada syarat-syarat tertentu yang dikenakan untuk melepaskan anak guamnya selain daripada dikehendaki hadir apabila dipanggil oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Peguam itu berkata, beliau masih belum dimaklumkan sama ada Papagomo akan didakwa Isnin ini atas apa-apa kesalahan.

"Kita tidak tahu apa-apa mengenai pendakwaan lagi," kata Shuaib.

Polis telah menahan lebih 20 orang berkaitan insiden itu termasuk Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom dan Ketua Umno bahagian Bagan, Shaik Hussein Mydin.

Shaik Hussein juga telah dibebaskan dengan jaminan polis manakala Ali, yang juga dikenali sebagai 'Ali Tinju' dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan..

Dia dibenarkan ikat jamin RM8,000. Yang lainnya yang ditangkap termasuk beberapa peniaga di gedung membeli-belah itu, yang sedang ditahan di bawah Kanun Keseksaan kerana didakwa merusuh dan menyebabkan kerosakan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.