`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 24, 2015

Skandal AS700 Juta: Dow Jones Mahu Peguam PM 'Sekolah' Anak Guam


Dow Jones & Company, yang memiliki akhbar The Wall Street Journal, memberitahu peguam yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak agar menjelaskan kepada anak guamnya mengenai perbezaan antara artikel berita dan pendapat.

Dow Jones berkata tidak perlu juga bagi WSJ untuk menjelaskan pendiriannya mengenai laporan yang mendakwa sejumlah RM2.6 bilion dana yang dikaitkan dengan 1MDB didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Dalam surat peguam Dow Jones, memetik Najib meminta pengesahan WSJ sama ada ia mempertahankan laporan yang mendakwa bahawa beliau menyalahgunakan hampir AS$700 juta yang dimiliki oleh 1MDB.

"Kami percaya permintaan anda tidak perlu kerana artikel berita dan pendapat bercakap bagi diri mereka sendiri," kata peguam Dow Jones dan ketua pegawai pematuhan Jason P Conti menulis dalam suratnya kepada peguam Najib.

Najib menghantar surat kepada WSJ menuntut penerbitan ini bagi menjelaskan pendiriannya mengenai laporan berita 2 Julai bertajuk "Malaysia leader's accounts probed" dan pendapat pada 6 Julai bertajuk "Scandal in Malaysia".

Barisan peguam mahu WSJ untuk menjelaskan jika ia bermaksud dakwaan RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan ke akaun Najib datang dari 1MDB atau sumber yang tidak diketahui. -Malaysia Kini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.