`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, July 12, 2015

Tanpa Disangka.. PAS Kawasan Bukit Katil Buat Kejutan


Tanpa Disangka.. PAS Kawasan Bukit Katil Buat Kejutan. PAS kawasan Bukit Katil mempertikaikan pengumuman lantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Perhubungan PAS negeri atas alasan ia tidak memenuhi syarat yang termaktub dalam perlembagaan parti.

Yang Dipertua (YDP) Mohd Sofi Abdul Wahab mendakwa, beliau tidak dipanggil pesuruhjaya PAS negeri bagi menghadiri mesyuarat pertama membincangkan pelantikan AJK seperti termaktub dalam Fasal 40 ceraian 5 perlembagaan parti.

"Saya sebagai YDP PAS kawasan Bukit Katil ingin menegaskan, pelantikan AJK Badan Perhubungan Negeri Melaka yang disiarkan dalam media beberapa hari lepas tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan parti sendiri.

Untuk makluman, sehingga kini saya sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Bukit Katil dan setiausaha PAS kawasan Bukit Katil tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat perhubungan negeri sebelum ini.
Tanpa Disangka.. PAS Kawasan Bukit Katil Buat Kejutan

"Sepatutnya pesuruhjaya PAS negeri mesti memanggil mesyuarat pertama perhubungan dengan kehadiran semua YDP dan setiausaha PAS kawasan serta ketua dan setiausaha Dewan bagi membincangkan pelantikan AJK seperti dalam fasal 40 tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, beliau ada menghubungi pesuruhjaya PAS negeri bagi membincangkan perkara itu tetapi sehingga kini tidak mendapat jawapan mengenainya."Apa yang menghairankan, bagaimana pesuruhjaya PAS negeri boleh membelakangkan YDP PAS Kawasan, ketua Dewan dan setiausaha masing-masing dalam hal pelantikan ini.

"Saya menghubungi beliau beberapa hari lalu dengan menyatakan isu ini, tetapi sehingga hari ini beliau tidak membuat sebarang tindakan menyelesaikannya," katanya.Justeru, Sofi menggesa agar pelantikan itu ditarik balik."

Saya mencadangkan kepada pesuruhjaya PAS Melaka supaya menarik balik kenyataan akhbar tentang pelantikan tersebut serta memohon maaf kepada semua YDP dan setiausaha kawasan serta ketua dan setiausaha Dewan yang dibelakangkan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.