`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 3, 2015

VIDEO - Gangster Melayu Bergaduh Di Bazar Ramadan



Dua kumpulan samseng dilaporkan bergaduh di tapak bazar Ramadan di Jalan Taiping Klang, pada awal pagi tadi.

Rakaman visualnya kemudian dimuat naik dan dikongsi di laman Facebook Friends of PDRM.

Ketika aksi bergasak dirakamkan, kedengaran salah seorang daripada mereka meminta rakannya mengambil pistol dari dalam keretanya.

“Kunci…kunci…nak ambil pistol bos” antara audio yang sempat dirakam.

Ketika itu kelihatan seorang wanita cuba campur tangan dan cuba meredakan ketegangan yang berlaku.

Motif sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.

Bagaimanapun berdasarkan komen yang diberikan, ia dikatakan mempunyai kaitan dengan perebutan tapak bazar.

KLIK VIDEO DI SINI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.