`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 26, 2015

Bersih 4.0 tetap haram ....tapi tawaran guna stadium masih terbuka

Pilih saja samaada Stadium Titiwangsa ,Stadium Merdeka atau Stadium Nasional Bukit Jalil.Tawaran masih terbuka kepada penganjur Bersih 4.0 adakan himpunan mereka pada 29 dan 30 Ogos ini di situ.
Kalau di sekitar ibu kota khususnya di Dataran Merdeka dan Dataran DBKL serta kawasan sekitarnya tetap tidak boleh.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa, kata Selasa perhimpunan Bersih yang dirancang hujung minggu ini, dianggap 'tidak dibenarkan' atau haram kerana tidak memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.
Katanya berdasarkan Seksyen 9 akta berkenaan, pihak penganjur perlu mendapat kebenaran pemilik tempat.
"Namun sehingga kini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertegas tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di sekitar ibu kota khususnya di Dataran Merdeka dan Dataran DBKL serta kawasan sekitarnya, katanya.
"Kita akan ambil tindakan tegas (ke atas peserta) mengikut apa jua peruntukan yang ada. Undang-undang dah ada patuhilah ia," katanya dalam sidang media bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin di Kuala Lumpur.
Tajuddin berkata pihaknya tidak mempunyai masalah membantu penganjur perhimpunan sekiranya mereka mengikut sepenuhnya undang-undang dan mengadakan perhimpunan di tempat tertutup seperti stadium seperti mana dicadang Mhd Amin.
Sementara itu, Mhd Amin mengulangi pendirian tidak membenarkan perhimpunan diadakan di lokasi awam, khususnya di Dataran Merdeka dan Dataran DBKL.
Beliau sebaliknya berkata pihaknya sedia membenarkan penganjur menggunakan Stadium Titiwangsa yang berada di bawah seliaan DBKL.

Selain itu DBKL sedia membantu mereka memohon Stadium Nasional Bukit Jalil daripada pihak Majlis Sukan Negara atau Stadium Merdeka daripada Permodalan Nasional Berhad.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan,Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim mengesahkan Bersih 4.0 adalah sebuah pertubuhan haram.
Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang dianjurkan pertubuhan itu pada 29 dan 30 Ogos ini.
Katanya siasatan oleh kementerian itu mendapati Bersih 4.0 bergiat secara secara tidak sah.
Malah, katanya, kumpulan itu mencetuskan suasana gelisah serta membangkitkan kebimbangan orang ramai khususnya rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan.
"Bersih 4.0 juga menyebarkan propaganda untuk menghasut rakyat bagi tujuan negatif terhadap kerajaan dengan mengedarkan risalah tertentu yang boleh mendatangkan keburukan.
"Pertubuhan itu juga menerusi pelbagai kegiatannya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara, malah menjejaskan keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.- agendadaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.