`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, August 27, 2015

Demi rakyat... UMNO cadang kerajaan pusat beli tanah Kampung Mutiara

Ada sinar dihujung terowong bagi penduduk Kampung Mutiara di Batu Ferringhi Pulau Pinang,yakni sebuah lagi kampong tradisi Melayu mungkin lenyap di telan arus pembangunan di negeri itu.

Isnin,kisah Kampong Mutiara jadi berita besar bila penduduk kampong itu membuat ' benteng manusia' untuk menyekat kerja-kerja merobohkan kampong yang terletak dekat kawasan pelancongan tepi laut yang popular itu.
Rabu,Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail berkata pihaknya telah dan akan mengadakan pertemuan dengan pelbagai agensi di Putrajaya bagi membincangkan alternatif yang boleh diambil untuk membantu mereka.
Antaranya ialah pertemuan dengan agensi perumahan kerajaan Pusat, JKP Sdn Bhd bagi menyelesaikan masalah penduduk Kampung Mutiara menerusi kaedah pembelian tapak penempatan berkenaan.
“Kami sudah bertemu JKP Sdn Bhd menerusi wakilnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan setakat ini maklum balas diterima adalah positif.
“UMNO Bahagian Bukit Bendera akan sentiasa berusaha pelbagai cara bagi memastikan penduduk tidak diusir dari kampung yang sudah wujud sejak 50 tahun itu,” katanya.
Beliau berkata, UMNO Bahagian Bukit Bendera turut membuat temu janji bersama Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada minggu hadapan untuk membincangkan penyelesaian isu pemilikan tanah Kampung Mutiara.
Menurutnya, perbincangan akan menjurus mengenai cadangan agar syarikat pelaburan kerajaan itu atau syarikat lain di bawahnya membeli tapak penempatan terbabit.
“Saya tidak melihat ada cara lain selain pembelian tanah untuk menyelamatkan kampung itu. Justeru, saya harap mereka dapat membantu membela nasib 66 keluarga penduduk Kampung Mutiara,” katanya.
Isnin lalu, penduduk kampung berjaya mendapatkan notis penangguhan pengusiran yang dikeluarkan mahkamah bulan lalu, selepas campur tangan UMNO Bukit Bendera, peguam, polis serta kerajaan negeri.
Bagaimanapun sehingga kini, tiada kata putus mengenai status tanah seluas 1.4 hektar yang dimiliki seorang usahawan dari Petaling Jaya, Selangor itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.