`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 24, 2015

Harimau depan mata senang dihadapi, yang menghendap itu yang merbahaya




Apabila kita berfikir tentang Najib dan kroninya menjawab persoalan orang ramai yang beliau hadapi, kita merasakan yang Najib sebenarnya sedang melaksanakan apa yang dikatakan sebagi ‘if you are not able to give straight answers confuse them’. Berbagai-bagai jawapan yang kita dengar, walaupun hakikatnya kita tahu ia hanya mempunyai satu jawapan. Dalam soalan ‘derma politik’ sebanyak RM2.6 billion yang masuk kedalam akaun peribadi beliau itu, berbagai-bagai jawapan yang telah diberikan oleh penyokong-penyokongnya temasuk dari beliau sendiri.

Ada yang berkata itu hanyalah derma dari rakannya dari Timur Tengah dan ada yang menjawabnya dengan mengatakan tidak salah jika ia diberikan sebagai hadiah peribadi untuk Najib. Ketua Bahagian Kepong telah memberikan jawapan yang baru, iaitu ia adalah derma dari Raja Saudi. Jumlah derma itu adalah terlalu besar dan sudah diketahui umum. Ramai yang berpendapat yang jawapan itu hanya untuk mengalihkan pandangan ramai terhadap tuduhan yang wang sejumlah yang besar itu datangnya dari 1MDB yang telah melalui berbagai saluran sebelum ia akhirnya sampai kepada akaun peribadi Najib, orang yang mempunyai suara muktamad dalam apa-apa yang dilakukan

Isu derma yang berbillion ringgit ini timbul semasa kehilangan wang 1MDB yang beribu juta ringgit yang sehingga hari ini tidak mendapat jawapan yang sahih dari orang yang paling berpengaruh dalam 1MDB itu. Mahu tidak mahu Najib terpaksa menerima hakikat yang tuduhan terhadap beliau yang wang derma sebanyak RM2.6 billion itu berasal dari wang 1MDB. Najib boleh membawa semua orang untuk melibatkan undang-undang dan berbagai cara untuk melindungi jawapan sebenarnya tetapi itu cerita yang lain. Selagi Najib tidak dapat menjawab dengan tepat dari mana RM2.6 billion itu datangnya selagi itulah persepsi masyarakat itu tetap dengan andaian yang wang itu datangnya dari 1MDB.

Yang pentingnya sekarang Najib wajar menjawab apa yang tertanya-tanya oleh naluri orang ramai itu, bukannya dengan memberikan jawapan seperti belum selesainya ‘investigations’ terhadap isu itu. Lagi pula penyiasatan terhadap isu ini diganggu oleh Najib sendiri dengan memindahkan pegawai yang menyiasat itu dari jabatan ini ke jabatan itu dan ini merupakan tindakan ‘displacements’ terhadap penyiasatan itu. Seperti yang saya sebutkan tadi, Najib perlu memberikan jawapan kepada apa yang terpahat di dalam naluri orang ramai itu. Kita perlu akui yang politik itu ‘is about perceptions’ dan tidak seharusnya dinafikan oleh sesiapa.

Bagi saya yang terpenting sekarang isu memperbaiki persepsi buruk rakyat terhadap kepimpinan Najib itu tidak dapat dipulihkan lagi kerana rakyat berpendapat dan mempunyai persepsi yang Najib terpaksa berbohong untuk menutup bohongnya yang sebelum itu.  Itu sebabnya rakyat mahukan perubahan kepimpinan walaupun ia masih dalam kepimpinan BN atau UMNO. Rakyat tidak sejahat itu untuk membunuh UMNO itu. Tetapi masalahnya ditubuh UMNO itu melekat pemimpin-pemimpin yang tidak berwibawa dan tidak mempunyai ‘finesse’ yang secukupnya untuk dihormati sebagai pemimpin.

Sekarang ini perasaan rakyat bertambah takut lagi. Setelah mereka merasakan yang Najib akhirnya akan berhenti dan bersara, keadaan politik yang tidak stabil ini akan berterusan dengan adanya Ahmad Zahid Hamidi yang sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri telah menunjukkan siapa beliau yang sebenarnya. Jika Najib berhenti Zahid mahu mengambil alih dan beliau ini (Zahid) bukanlah orang mempunyai ‘allegiance’ yang kuat terhadap parti dan negara.

Kenyataan-kenyataan sombong yang terselit dengan elemen gertak menggertak di dalam ucapan dan kata-katanya ini akan hanya menambah dan menyambung keresahan dan kekeliruan rakyat di masa depan. Blog ini telah puluhan kali menyebut yang budaya dalam kepimpinan UMNO ini sudah begitu rosak sehinggakan tiada siapa di kalangan yang berada di dalam kepimpinan tertinggi parti atau kabinet itu layak untuk diberikan tanggungjawab memperbaiki negara ini. Zahid hanya mementingkan diri untuk mempastikan yang beliau akan mengambil alih kepimpinan Najib ‘and there is no change there. If there is any it will be a change for the worst’. Banyak diantara tindakan dan kata-kata beliau yang melemahkan pandangan dan persepsi rakyat terhadap Najib itu sendiri.

Ingat kata-kata ini, yang boleh menjatuhkan Najib itu bukan musuhnya. Yang akan menjatuhkan Najib ialah orang yang hampir dengan beliau. Orang yang memeluk Najib dan menggosok belakang Najib itu hanya untuk mencari tempat yang lembut dibelakang Najib untuk ditikam sahaja. Harimau yang mengaum di depan kita kurang bahayanya kerana kita boleh berikhtiar membunuhnya, tetapi harimau yang paling bahaya ialah harimau yang menghendap menunggu untuk menerkam beliau (Najib) itu. Ramai orang menelah yang tengkok Najib akan diterkam oleh harimau belaan beliau sendiri. Dalilnya sudah nampak sedikit sebanyak dan meyakinkan orang ramai.

Apa pun Najib diyakini tidak akan kekal lama tetapi masalah negara akan kekal berterusan jika Zahid dan yang sejenisnya menjadi alternatif kepada Najib dan impian ramai untuk hidup dalam politik dan siasah yang lebih baik tidak akan tercapai

Sekian.

NB. Hanya untuk pengetahuan yang tidak sempat melihat pasaran wang antarabangsa, semasa saya menulis artikel ini ringgit sudah mencecah 4.23 berbanding dengan satu dollar Amerika. Menakutkan?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.