`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, August 21, 2015

LAPORAN POLIS DIBUAT KAD JEMPUTAN PALSU MELIBATKAN PERDANA MENTERI



UMNO bahagian Kuala Nerus membuat laporan polis berhubung penyebaran kad jemputan palsu di laman sosial bersempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke daerah ini pada hari Sabtu. 

Timbalan Ketua UMNO bahagian Kuala Nerus, Datuk Basir Ismail yang membuat laporan polis itu berkata bahagian itu tidak terlibat sama sekali dalam penyebaran kad itu. 

Katanya penyebaran kad itu berniat jahat dan mahu mensabotaj program Najib iaitu pemimpin bersama rakyat dan perasmian mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Kuala Nerus. 

Laporan itu dibuat di Balai Polis Gong Badak pada jam 5.15 petang. Turut hadir di balai polis ialah naib ketua bahagian itu Apli Yusof.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.