`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 15, 2015

Orang Melayu dan UMNO Najib.

Image result for mardiImage result for ismail sabri

Kemelayuan Ismail Sabri Yaakob.

Ini isiu yang penting. Saya cuba huraikan dengan bahasa yang semudahnya. Jika ia melibatkan orang Melayu dalam UMNO sahaja, ia bukan hal saya.

Tapi ia melibatkan keseluruhan bangsa Melayu. Ada yang sokong UMNO, ada yang tidak sokong. Kita hormatilah perbezaan. ini bukan soal aqidah sehingga kita hendak berbunuhan sesama sendiri.

 Sahabat saya ahli parlimen Bera, DS Ismail Sabri Yaakob baru2 ini mengistiharkan bahawa masa depan orang Melayu hanya dengan UMNO.Ini kenyataan yang menarik. 

Hanya di Malaysia masa depan sesuatu bangsa itu bergantung kepada parti politik. Ditempat lain, masa depan sesuatu kaum bergantung kepada kaum itu sendiri.

Tuhan pun ada menyebut Dia tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka. Dia tidak sebut sehinga mengubah UMNO atau kekal UMNO.

Maka yang penting kita tanya, adakah mereka ada dalam diri mereka itu, himpunan nilai2 untuk membangun dan memajukan?

Terjemah kedalam politik, ia bererti sama ada mereka ada system nilai yang membentuk sebuah kerajaan yang didirikan diatas system perintah ikut hukum dikendalikan oleh yang terbaik dari kalangan kaum tersebut.Bila tuhan lantik Talut jadi raja dan pemimpin, kaum mereka protes. Meraka kata Talut tidak kaya dan bukan dari klik mereka. Tuhan nyatakan 2 syarat penting ialah sihat tubuh badan dan kuat minda nya. Melihat kepada apa yang Najib lakukan hari ini, macam ada sedikit sakit mental.

Hanya di Malaysia ianya lain. Bergantung mutlak kepada UMNO- sebuah parti politik. Tidak kira sama ada UMNO ada system nilai atau tidak, tidak kira pimpinan UMNO itu terbaik atau tidak dan tidak kira sama ada pimpinan UMNO itu korap atau tidak.

Agak nya, atas semangat itulah maka dia keluar kenyataan mahu bina Low Yatt untuk Melayu. Peniaga Melayu , pembeli nya Melayu. Dia lupa bahawa master distributor dan principals semua Cina.

Ini suatu pandangan yang haibat. Cukup haibat. Saya sangat alu alukan bila pemimpin UMNO bercakap mengenai Melayu.

Elok juga pemimpn UMNO bercakap mengenai pasaraya untuk Melayu, kedai runcit untuk Melayu( mamak mydin pun tak boleh) kopi tiam untuk melayu.

Paling elok, bikin undang2 mengharam orang Melayu beli daripada kedai bukan Melayu.

Namakan dasar ini,  Jihad pengguna.

Atas nama keadilan, kalau kita dilarang beli dari kedai cina,larangan serupa mesti dikenakan keatas pekedai India. Haramkan makan nasi daun pisang.

Pemimpin UMNO bila bercakap memang bersemangat mengenai semua Melayu. Tapi bila melaksanakan dasar, rakan kongsi Cina belaka. Mereka bercakap mengenai perkara2 meMelayukan itu ini, sudah 45 tahun sejak 1970.

Apa yang terjadi sejak itu? Pegangan ekwiti Melayu secara individu sekitar 19%. Hanya memasukkan GLC, ekwiti Melayu tinggi. Itupun kalau kita anggap GLC mewakili kepentingan Melayu.

Berapa perniagaan yang sudah di divest oleh GLC kepada peniaga Melayu?

Ternyata GLC kayakan segelintir Melayu. Bagaimana kita atasi? Dengan mengurangkan perniagaan diberi kepada GLC. 

Dan GLC seringkali berfungsi sebagai atm elit UMNO.

Nilai saham yang diberi kepada individu Melayu 1970-1990 bernilai RM54 billion, sekarang hanya RM2 billion. Mereka yang dapat borang pink , saham percuma, saham anugerah pada harga anugerah dengan pembiayaan anugerah, sudah jual masa depan bangsa Melayu.

Melayu menjual diri mereka sendiri. Melayu tidak berminat membina sumber aliran kekayaan berterusan. Dasar mengayakan segelintir Melayu dengan harapan terjadi lelehan kebawah, tidak berjaya.

Tapi itulah yang terjadi dalam dasar ekonomi yang UMNO laksanakan.UMNO memuliakan trickle down economics.

Bagaimana kesenjangan pendapatan antara kumpulan 20% teratas dengan kumpulan 40% terbawah atau dengan kita selebihnya ini? Kumpulan T20 pemilik pendapatan purata bulanan RM12,000; kita punya pendapatan purata mungkin hanya Rm2000. RM1686 untuk B40.

Makanya, semua cakap besar mengenai meMelayukan ini dan itu, semua nya omongan kosong.

Selagi sumber pengkayaan tidak diletakkan kedalam tangan ejen2 ekonomik secara lansung, mala masaalah ekonomi orang Melayu akan begitulah juga.

Ismail Sabri memang ada semangat untuk bercakap mengenai semua nya Melayu. Suatu ketika saya cukup kagum dengan usaha dia mahu menjadikan pengurangan dan penghapusan orang tengah sebagai suatu dasar. Maka lahirlah jihad orang tengah.

Tapi saya lihat pegawai Mardi di Raub beli buah durian bukan secara lansung dari petani Melayu, tapi beli dari pemungut dan pusat kumpulan durian yang dimiliki oleh orang Cina.

Penanam dapat untung 4 sekilo, orang tengah dapat untung RM6, MARDI dapat untung RM 10.

Siapa jadi orang tengah? Cina dan MARDI. Orang tengah bernama Si Mardi ini pula menjual; Di Singapura, sekilo RM60. Di Hong Kong RM70 sekilo. jika kos mardi ialah 70%, maka untung kasar sekilo si Mardi menjadi RM18-RM21 sekilo.

Mardi institusi kerajaan. Mereka boleh beli secara lansung jika pegawai nya rajin masuk bukit dan kampong Melayu.

Mengenai Ismail Sabri, dia ahli umno dan menteri UMNO maka kenyataan nya boleh kita simpati dan faham. Namun, kenyataan nya boleh dilihat sebagai self-serving juga. Kalau dia tak kata demikian, apa yang hendak dikata?

Perlukah Pengundi Melayu pada UMNO.

Kita telah buktikan bahawa , kita tidak musnah kerana tidak sokong UMNO dalam PRU13. Malah, bencana menimpa kita dengan kita mengekal Najib dan UMNO sebagai kerajaan.

Izinkan saya ulang sekali lagi. Daripada 11 juta pengundi dalam PRU13, 65% atau lebih adalah orang Melayu. Yakni 7.2 juta.

Jika semua undi yang UMNO dapat sebanyak 3.2 juta itu Melayu, orang Melayu yang tidak undi UMNO ialah 4.0 juta. Mengapa lah susah sangat orang UMNO faham bahawa pengundi Melayu yang tidak menyokong mereka lebih ramai daripada yang menyokong?

Perhatikan lagi. Mustahil 100% pengundi Melayu undi UMNO. Saya orang Melayu calun DAP pun dapat undi orang Melayu. Mungkin mereka mengundi saya sebab saya seperti mereka, adalah sesama Melayu, sesama beragama Islam dan sesama bertaat setia juga kepada Raja Melayu saya. Kepada mereka, ini pertimbangan yang lebih utama daripada melihat saya calun UMNO atau tidak. Ini bukti orang Melayu sedia sokong calun asalkan dia Melayu walaupun bukan dari UMNO.

Katalah daripada 3.2 juta yang undi UMNO itu 85% orang Melayu- maka jumlah yang mengundi UMNO ialah 2.72 juta Melayu.

Itu bererti jumlah Melayu yang tidak menyokong UMNO daripada 7.2juta ialah 4.5 juta.

Apa point saya?

Biarkan Melayu UMNO sahaja sokong kebathilan dan kemungkaran.

Point saya ialah kita sesama Melayu, sesama agama dan sesama Raja lebih baik biarkan semua ahli UMNO sokong apa yang presiden parti mereka lakukan. Kita jangan tercemar dengan kotoran dan daki yang umno bawa. 

Kalau mereka anggap apa presiden parti buat tidak salah apa2, apa kita hendak sibuk?

Kecuali kita Melayu yang diluar UMNO tidak memerlukan sebuah parti yang memuliakan korapsi, salah guna kuasa, dan kerendahan akal budi. Kita tidak memerlukan parti seperti ini kerana ia bertentangan dengan nilai yang kita pegang.

Ia bukan parti Onn Jaafar, bukan UMNO Tengku Abdul Rahman dan bukan UMNO Tun Razak.

Bila mereka lakukan demikian, ertinya orang Melayu dalam UMNO akan mempertahankan pesalah, perasuah, pemimpin yang korap, penyamun dan perompak, pemimpin zalim dan pemimpin yang membodohkan rakyat khususnya orang Melayu.

Biarlah orang Melayu UMNO sahaja yang memaafkan penyonglap wang dan pemimpin bodoh-  manakala kita, majoriti orang Melayu jangan mengikat diri kita dengan UMNO.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.