`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 22, 2015

Perlu Rombakan Menyeluruh, Bukan Turunkan Najib Saja -PAS Jawab Dr M.


Masalah negara perlukan rombakan menyeluruh dan tidak memadai dengan menurunkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan perdana menteri, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata, apa yang dialami negara ketika ini berpunca daripada warisan ditinggalkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, Dr Mahathir (gambar) merupakan separuh daripada masalah negara ini kerana budaya dan pentadbiran korup berpunca padadari warisan beliau.
Jelasnya lagi, rombakan menyeluruh harus dilakukan bagi membetulkan sistem dengan menukar parti menerajui negara.
“Bagi PAS, selagi tidak dibuat rombakan menyeluruh untuk membetulkan sistem yang sudah korup dengan menukarkan parti yang menerajui Malaysia, tidak mungkin negara ini dapat diselamatkan,” katanya.
Tuan Ibrahim berkata demikian mengulas kenyataan Tun Mahathir semalam yang menggesa pembangkang mencari formula untuk menyingkirkan Najib tanpa mengganggu kerajaan BN.
Mengulas lanjut, kata Tuan Ibrahim, cadangan Dr Mahathir itu adalah "separuh masak" dan sekadar cubaan untuk menggunakan pembangkang bagi menukar Najib dan menyelamatkan Umno yang sudah tidak berupaya memperbetulkan diri kerana masalah politik wang.
“Cadangan Dr Mahathir bukan penyelesaian kepada masalah negara kerana bebanan hasil dari salah urus tadbir negara akan terus terikat di bahu rakyat.
“Isu GST (cukai barangan dan perkhidmatan) yang membebankan rakyat, hutang 1MDB serta isu RM2.6 bilion 'sumbangan' ke dalam akaun PM, gejala rasuah yang kini boleh dikenali sebagai derma dan kedudukan daya saing negara dalam ekonomi global dan serantau akan terus menjadi isu utama di bawah budaya BN,” katanya. (MK)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.