`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 26, 2015

RM2.6 bilion bukan derma, duit 1MDB, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad yakin wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad dan berpendapat Najib perlu berundur kerana menjejaskan sistem undang-undang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2015.Tun Dr Mahathir Mohamad yakin wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad dan berpendapat Najib perlu berundur kerana menjejaskan sistem undang-undang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2015.
Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mempercayai RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah duit derma, sebaliknya yakin ia ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Walaupun derma itu disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bekas perdana menteri itu berkata penjelasan itu tidak dapat diterima memandangkan jumlahnya yang terlalu besar.
"Saya tak percaya ia derma. Saya tak percaya ada orang yang sanggup beri sama ada Arab atau sesiapa sahaja," katanya dalam temu bual bersama akhbar perniagaan antarabangsa Financial Times.
"Saya rasa pada satu tahap beliau perlu berundur kerana hari ini beliau menjejaskan sistem undang-undang," katanya.
Najib sebelum ini berkata, RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Ambank tidak digunakan bagi tujuan peribadi tetapi untuk parti dan pilihan raya umum (PRU) lalu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu berkata, pihaknya bertemu ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga Arab yang mendermakan wang berbilion ringgit kepada Najib.
Katanya, dermawan Arab itu menjelaskan negara ini bukanlah satu-satunya pihak yang menerima sumbangan berkenaan kerana ada banyak sahabat daripada kalangan negara Islam mendapat sumbangan sama seperti itu.
"Mereka mahu Umno dan Barisan Nasional (BN) tetap memerintah negara," katanya.
Zahid ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sri Gading, Batu Pahat minggu lalu berkata, penderma dana dari Arab Saudi itu mempunyai 3 sebab utama untuk menderma dana berkenaan kepada Umno melalui akaun bank presidennya.
"Pertama, Malaysia yang diterajui Umno dan BN mempunyai undang-undang mengekang keganasan kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis).
"Kedua, Umno yang diterajui perdana menteri memperjuangkan Islam dan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Dan yang ketiga, derma itu sebagai mengiktiraf Malaysia sebuah negara sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum," katanya dilaporkan media 22 Ogos lalu.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.