`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, August 19, 2015

Rogol. Dirumah Sendiri Pun Tidak Selamat. Oh Malaysiaku.

Wanita Diperkosa Seorang Lelaki Bersenjata Di Rumahnya, Suspek Ceroboh Ikut Atap

KAJANG: Seorang wanita telah menjadi mangsa rogol selepas kediamannya telah diceroboh oleh beberapa lelaki bersenjata di rumahnya di Kajang Utama di sini.

Memetik laporan The Star, kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 11.:30 pagi semalam di mana suspek dipercaya berumur antara 28 hingga 30 tahun telah memecah masuk rumahnya melalui bumbung dapur.

Ketua Polis Daerah Kajang Asst Comm Willey Richard berkata, suspek mengugut wanita itu dengan pisau.

"Mangsa yang sedang berada di dalam biliknya telah terdengar loceng rumah ditekan beberapa kali tetapi dia memilih untuk mengabaikannya kerana tidak mengenali lelaki berkenaan."


"Selang lima minit kemudian, mangsa terkejut apabila melihat seorang lelaki telah berada di dalam biliknya sebelum lelaki berkenaan mengikat tangannya di belakang dan merogol mangsa," kata beliau.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, suspek lelaki bersenjatakan pisau itu kemudian memasuki rumah mangsa melalui atap genting sebelum memecah siling rumah berkenaan.

Sebelum kejadian itu, suspek telah pergi ke rumah mangsa dan memberitahu pengawal keselamatan bahawa dia datang untuk memperbaikit talian telefon rumah berkenaan kerana rosak.

Polis telah mengeluarkan satu lakaran wajah suspek berdasarkan keterangan mangsa. (Gamabr sebelah)

Semasa kejadian lelaki tersebut dipercayai memakai seluar kelabu dan berkameja T putih. Selain merogol mangsa suspek juga melarikan beberapa jenis barang kemas seperti tiga bentuk cincin , lima utas rantai , subang, satu telefon bimbit dan wang berjumlah RM70. 


Apakah Malaysia sudah tidak aman lagi? Di mana salahnya? (IH)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.