`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, August 27, 2015

Sungai Petani dilanda ribut

Beberapa kawasan di Sungai Petani dilanda ribut menyebabkan pokok tumbang selain merosakkan bumbung bangunan ketika hujan lebat pada 5.30 petang Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Rosdi Ismail berkata pihaknya menerima lebih 20 panggilan kecemasan daripada penduduk di beberapa taman perumahan di daerah itu.
Antara kawasan dilaporkan terjejas termasuk Taman Kenari, Taman Ria Jaya, Taman Ria, pekan lama Sungai Petani dan Jalan Kuala Ketil-Sungai Petani, katanya.
"Kawasan perumahan di Paya Nahu antara terjejas teruk yang mana bumbung di tingkat empat di salah sebuah blok diterbangkan angin," katanya.
Sementara itu, di Taman Ria Jaya, ribut turut menumbangkan sebatang pokok besar dan menghempap sebuah kereta, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Kejadian ribut turut dilaporkan di daerah Kulim melibatkan beberapa kawasan seperti Kampung Bukit, Sidam Kanan, Padang Serai dan Kulim Avenue.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.