`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, August 28, 2015

TPM Tiba Di Terengganu Untuk Rasmi Tiga Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO

20150828_121327
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi disambut meriah di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus sempena lawatan kerja sehari beliau ke Terengganu hari ini. Foto oleh Hasmizi Hamid
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kuala Terengganu hari ini untuk merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Akademi Binaan Malaysia, Hulu Terengganu.  
Ketibaan Naib Presiden UMNO di Lapangan Terbang Sultan Mahmud disambut oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Jailani Johari dan barisan Exco Kerajaan Negeri. 
20150828_121526
Ia merupakan lawatan pertama Ahmad Zahid ke Terengganu sebagai Timbalan Perdana Menteri. 
Petang ini, Ahmad Zahid akan merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Marang di Dewan Majlis Daerah Marang. 
Ia disusuli dengan perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Tertutup Negeri di Kuala Terengganu sebelum beliau berlepas pulang ke ibu negara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.