`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 18, 2015

Tulisan Terkini Tun Mahathir Tentang Isu Terkini Yang Menimpa Malaysia



Terjemahan Bahasa Melayu artikel terbaharu Tun Dr Mahathir dari chedet.cc, 17 Ogos 2015]

MALAYSIA 2

1) Apa yang berlaku di Malaysia pada hari ini tidak pernah berlaku sebelumnya. Kedaulatan undang-undang telah diperkotak katik sehingga rakyat seolah-olah tidak berkuasa untuk menegakkannya semula.

2) Ini kerana pemimpin yang diamanahkan untuk menegakkan undang-undang telah menjadi subjek kepada proses perundangan. Beliau telah didakwa sebagai orang yang melanggar undang-undang. Oleh kerana tiada sesiapa pun yang mengatasi undang-undang, seharusnya beliau perlu disiasat bagi menentukan sama ada benar beliau telah melanggar undang-undang atau sebaliknya.

3) Walaupun ini tidak pernah berlaku di Malaysia, perkara ini telah berlaku di kebanyakan negara, termasuk di negara Barat yg maju.

4) Mengimbas kembali kes Presiden Nixon dari Amerika Syarikat. Beliau telah mempergunakan pegawai kerajaan untuk mengintip pesaing politiknya. Ini telah dianggap sebagai salah guna kuasa di Amerika Syarikat.

5) Disebabkan itu beliau telah dicabar dan terpaksa meletakkan jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat. Naib Presiden mengambil alih dan pilihanraya diadakan. Naib Presiden memenangi jawatan tersebut. Masalah selesai.

6) Di negara lain, cara lebih ganas telah digunakan bagi menggulingkan seorang Presiden yang tidak popular, sama ada dipilih atau dikuasi tentera atau kumpulan politik berpengaruh.

7) Sekarang ini di Malaysia menolak cara ganas. Jadi, badan kerajaan dijangka akan melakukan penyiasatan dan mengenalpasti sama ada tuduhan terhadap PM benar atau tidak.

8) Institusi yang biasanya terlibat dengan hal seperti ini ialah pihak Polis. Institusi lain yang mempunyai kapasiti untuk menyiasat hal ini juga dijangka akan turut serta. Bagi kes yang melibatkan wang, Bank Negara dijangka akan melakukan penyiasatan dan laporan.

9) Kemudian suatu badan khas diwujudkan untuk mengawasi bagaimana wang Kerajaan diuruskan. Kesemua ini ialah Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Sebagai tambahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dilibatkan.

10) Bagaimanapun mereka ini terhad kepada penyiasatan dan penyediaan laporan. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa. Oleh itu, Peguam Negara perlu membuat keputusan dan mengambil tindakan undang-undang. Jika Peguam Negara memutuskan tiada kes yang perlu diselesaikan, perlakuan jenayah terang-terangan sekalipun tidak akan dibicarakan di mahkamah.

11) Satu-satunya proses lain untuk memecat PM adalah melalui undi tidak percaya di Parlimen. Ini memerlukan majoriti mudah. Dengan kejatuhan PM, seluruh Kerajaan akan jatuh. Tetapi dengan keputusan majoriti di Parlimen, kerajaan baharu boleh ditubuhkan. Boleh jadi dari parti yang sama atau parti yang berbeza-beza. Sebagai alternatif pilihanraya boleh diadakan.

12) Inilah saluran undang-undang yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Malaysia.

13) Disebabkan tuduhan serius terhadap pemimpin tertinggi kerajaan, suatu petugas khas yang terdiri daripada Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM telah dlantik dan ditubuhkan bagi mengumpul semua bukti yang relevan untuk Peguam Negara membuat keputusan terhadap tindakan yang akan diambil.

14) Kesemua agensi ini sedang berada pada pertengahan proses penyiasatan sehinggalah PM campur tangan. Pertama beliau memecat Peguam Negara dan melantik seorang lelaki untuk mengisi jawatan itu. Kemudian beliau membubarkan PAC dengan melantik Pengerusi dan tiga orang ahli PAC yang lain sebagai Timbalan Menteri dan jawatan lain. Pegawai SPRM yang berterusan menyiasat kes ini telah diganggu oleh pihak polis dan menuduh mereka membocorkan rahsia. Kedua-duanya dipindahkan ke JPM.

15) Khabar angin telah bertiup kencang dengan mengatakan bahawa Gabenor Bank Negara sedang disiasat kerana tuduhan rasuah. Walaupun beliau masih kekal sebagai Gabenor, kakitangan Bank Negara telah diganggu dan dituduh membocorkan maklumat kepada wartawan.

16) The Edge, akhbar yang telah mendedahkan skandal 1MDB ditutup. Akhbar The Malaysia Reserve disuruh untuk menjualnya semula kepada pemilik sebelumnya.

17) Najib juga telah memecat Timbalan Perdana Menteri dan salah satu daripada Menteri yang begitu lantang mempersoalkan rekod kewangan 1MDB dan wang RM 2.6 bilion di dalam akaun peribadi Najib.

18) Melalui tindakan ini, Najib telah berjaya menghentikan siasatan berhubung kehilangan berbilion Ringgit yang dilaburkan 1MDB dan kemunculan RM 2.6 bilion di dalam akaunnya. Kini tiada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Najib kerana dakwaan tidak dapat dibuktikan. Tetapi tindakan beliau sedemikian telah membuktikan bahawa terdapat perkaitan dalam dakwaan terhadap beliau.

19) Bagaimanapun, pendapat umum masih tetap mahukan Najib meletakkan jawatan sebagai PM. Dari itu timbul pula cakap-cakap tentang undi tidak percaya terhadap beliau di Parlimen.

20) Keadaan ini amat sukar kerana hampir semua ahli UMNO seolah-olah terhutang budi kepada beliau. Dan pihak pembangkang tidak mempunyai jumlah ahli yang cukup untuk meluluskan usul tersebut.

21) Semua ini menemui jalan buntu. Tetapi ekonomi telah bertindak balas dengan cara sendiri. Ringgit menyusut kepada nilai RM3.80 berbanding USD. Kini di paras 4 Ringgit lebih dan dijangka jatuh lagi. Kesannya menjadikan negara miskin. Membayar hutang 1MDB dalam matawang USD menaikkan lagi kos. 1MDB tidak mampu walau untuk membayar hutangnya sendiri.

22) Pasaran saham kian jatuh. Para pelabur, terutamanya pelabur asing mengambil keluar wang mereka ke tempat yang lebih selamat di luar negara.

23) Kerajaan kekurangan dana. Kerajaan perlu memotong peruntukan bajet di semua kementerian. Pengenalan GST hanya menyebabkan kos sara hidup meningkat dan menjadikan nilai Ringgit semakin kritikal.

24) Najib mungkin boleh membeli jalan kemenangannya melalui pilihanraya akan datang tetapi dia tidak mampu memperoleh dana bagi membeli dan mengekalkan popularitinya. Kerajaan yang dipimpin beliau tidak mampu meminjam. Ekonomi negara akan runtuh. Rakyat akan menderita. Inilah gambaran suram yang menipu rakyat kerana Najib pada dasarnya telah mengkhianati amanah Kerajaan.

http://chedet.cc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.