`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, February 6, 2016

BARU SEHARI TAKKAN DAH LULUS?

Semalam Perdana Menteri, Najib Razak melakukan lawatan sehari ke Kedah  di mana selain menghadiri beberapa program yang sudah diatur, kunjungan itu juga boleh dianggap untuk "meraikan"  pilihannya, Ahmad Bashah Md Hanipah yang dilantik sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Mukhriz Mahathir.

Dalam ucapan di salah satu majlis, Najib telah memberikan markah lulus kepada Ahmad Bashah, walaupun hakikatnya beliau baru sehari memegang jawatan itu.

Markah lulus itu pula diberikan semata-mata berdasarkan penilaian Najib terhadap kemampuan Ahmad Bashah memberikan ucapan.

Bukankah ini sesuatu yang pelik dan tidak pernah berlaku kepada mana-mana pemimpin sebelum ini? 

Menteri Besar yang ada PhD pun tidak pernah diberi markah lulus hanya selepas sehari mengangkat sumpah pegang jawatan?

Mengapa Najib terlalu awal memberi markah lulus kepada Ahmad Bashah? 

Jika sudah berkecimpung dalam politik kira-kira 40 tahun, apa yang peliknya dengan kebolehannya memberikan ucapan di khalayak ramai itu?

Kenapa tidak boleh menunggu sehingga 100 hari misalnya sepertimana yang dicadangkan oleh Ahmad Zahid Hamidi, sebelum menilai dan memberi markah lulus kepada Ahmad Bashah sebagai ketua sebuah kerajaan negeri?
Tidakkah ini secara tidak langsung mengesahkan perlantikan Ahmad Bashah bukan saja pilihan Najib, tetapi juga memang perancangannya yang sudah sekian lama diatur?

Bagaimana pula, Pengarah Strategi BN boleh mengatakan pertukaran Menteri Besar Kedah itu tiada kena mengena dengan Najib?

Dalam hal ini, apakah dengan memberi markah lulus hanya dalam tempoh sehari selepas memegang jawatan memperlihatkan Ahmad Bashah benar-benar pilihan yang tepat atau "Guru Besar"  yang memberi markah itu ada masalah dari segi membuat penilaian dan pemarkahan? (SH).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.