`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, March 31, 2016

Kononnya PLKN Ditangguh Untuk Jimat RM400 Juta, Tapi RM408 Juta Dibelanja Walau Ditangguh.. Kenapa?


Apakejadahnya ni?.. kononnya ditangguhkan untuk membolehkan Kerajaan menjimatkan RM400 Juta pada tahun 2015.. tapi pada tahun yang sama PLKN belanjakan RM408 Juta..

Kalau nak dibandingkan dengan tahun sebelumnya iaitu tahun 2014.. PLKN dah belanjakan RM697 Juta..

Jadi bagaimana boleh dikatakan penangguhan yang dilakukan itu membolehkan Kerajaan jimat RM400 Juta pada tahun 2015?

Sedangkan walaupun ditanggguhkan perbelanjaannya ialah RM408Juta..

Kita anggaplah RM408 Juta itu adalah kos operasi, contohnya seperti sewa tanah milik kroni, sewa bangunan milik kroni dan lain-lain lagi..

Oleh itu jika ditolak perbelanjaan tahun 2014 iaitu RM697 Juta dengan perbelanjaan ketika program PLKN ditangguhkan iaitu RM408 Juta.. bakinya ialah RM289 Juta..

Bagaimana boleh dikatakan jimat RM400 Juta sedangkan RM408 Juta telah dibelanjakan?

Sepatutnya jika benar RM400 Juta berjaya dijimatkan.. perbelanjaan PLKN untuk tahun 2015 ialah lebih kurang RM289 Juta.. bukannya RM408 Juta..

Kenapa ada lebih RM111 Juta yang dibelanjakan?

Kenyataan media tentang penangguhan itu..

PENANGGUHAN PLKN TAHUN 2015 
KENYATAAN AKHBAR 
PENANGGUHAN PLKN TAHUN 2015 
Jabatan Latihan Khidmat Negara ( JLKN ) akur dengan keputusan kerajaan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) ditangguhkan pada tahun 2015 bagi memberi penjimatan kepada kerajaan sebanyak RM400 juta. 
Penangguhan PLKN 2015 dapat memberi ruang kepada JLKN untuk mengkaji semula dan menambahbaik program melalui Transformasi PLKN yang akan dilaksanakan nanti. Transformasi PLKN, bertujuan untuk merumus pendekatan yang terbaik bagi Program Latihan Khidmat Negara. 
Lab juga telah ditetapkan pada bulan depan bagi membicangkan pelan transformasi PLKN yang melibatkan Pengusaha Kem, Ibu Bapa, Jurulatih PLKN, NGO – NGO dan Institusi Kewangan. Cadangan yang dibincangkn pada Lab akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk diperhalusi. 
Status pelatih Kumpulan dua dan tiga yang telah terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara bagi tahun 2015 akan ditangguhkan sehingga diumumkan kelak. 
Disediakan oleh: 
Dato’ Mohmed Asri bin Yusof
Ketua Pengarah
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Kementerian Pertahanan Malaysia
Tarikh: 20 Januari 2015

Jawapan parlimen tentang jumlah peruntukan yang dibelanjakan dalam program PLKN dari tahun 2004 hingga tahun 2015..


Jimat RM400 Juta mai kot mana???

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.