`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, May 2, 2016

Histeria: Lelaki diikat sebelum dibawa ke hospital

Menurut anggota bomba, mangsa didapati berada dalam parit sedalam dua meter dan meronta-ronta.
histeriaSEREMBAN: Seorang lelaki berusia awal 30-an yang dipercayai diserang histeria terpaksa diikat sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar, dalam kejadian di Jalan Stesen Kampung Kuala Sawah dekat sini, hari ini.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Badroltamam Abd Aziz berkata, dalam kejadian jam 7 pagi tadi, mangsa yang difahamkan masih bujang dan merupakan pekerja pemasangan kabel elektrik gagal dikawal rakan sekerjanya yang kemudiannya bertindak menghubungi bomba.
“Pihak kami mendapat panggilan pada 7 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada 7.15 pagi. Ketika sampai kami dapati mangsa ketika itu berada dalam parit sedalam dua meter dan dalam masa sama meronta-ronta.
“Rakan mangsa tidak mampu mengawal tindakan agresif mangsa yang dipercayai mengalami gangguan histeria atau makhluk halus dan kami terpaksa mengikat mangsa untuk membolehkan mangsa dibawa ke HTJ untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Seramai enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dikejarkan ke lokasi kejadian.
– BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.