`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, July 28, 2016

Kami hairan kenapa Apandi Ali merasa hairan dirinya dikritik

Munafik Official 1
Ini lah wajah seorang penjawat awam yang kononnya telah menjunjung kedaulatan undang-undang
Apandi Ali, seorang peguam dari Kelantan telah dilantik oleh Najib menjadi Peguam Negara setahun yang lepas. Peguam Negara sebelumnya cukup sihat untuk melakukan tugasan dan hingga kini, Tan Sri Gani Patail masih sihat untuk menjalankan aktiviti guaman beliau. Selalunya orang yang tidak sihat akan meletakkan jawatan dengan sukarela. Tetapi perkara yang sebaliknya berlaku.Beliau tidak tahu pun mengapa beliau diberhentikan oleh kerajaan. Tiada alasan konkrit yang diberikan. Agong juga tidak bertemu Tan Sri Gani untuk bertanya jika betul dia tidak boleh meneruskan kerja sebagai Peguam Negara. Semuanya dibuat dengan terburu-buru. Oleh itu, tidak ada sebab lain mengapa Apandi tiba-tiba dilantik melainkan untuk menyelamatkan Najib dari tindakan undang-undang.  Mengapa kita berkata begitu? Kita hanya perlu membaca kenyataannya yang dibuat pada bulan Januari yang lepas:
a. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan bahawa YAB PM mengetahui dan/atau dimaklumkan bahawa terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau;
b. Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan bahawa YAB PM memberikan apa-apa kebenaran untuk pemindahan mana-mana wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau; dan
c. Keterangan menunjukkan bahawa pada masa-masa yang material, YAB PM mempercayai segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga diraja Arab Saudi yang telah dipindahkan ke dalam akaun-akaun beliau sebelum itu. Berdasarkan kepada keseluruhan fakta dan keterangan, saya sebagai Pendakwa Raya berpuas hati bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan oleh YAB PM.
Apandi Ali melepaskan Najib dari tuduhan mengambil wang SRC tanpa sedar. Walaupun alasan yang diberikan di atas adalah tidak masuk akal, terutama alasan (c), kerana wang yang kononnya datang dari keluarga DiRaja Arab (ini juga satu penipuan) telah dipulangkan oleh Najib kepada ‘penderma’ dalam bulan Ogos 2013. Jadi, bagaimana pula dia boleh terima lagi duit dari ‘Pak Arab’ di dalam tahun 2014?
We're guessing
Bukti aliran wang SRC yang diterima Najib yang kemudiannya telah dibelanjakan sesuka hati. Bukti ini ditunjukkan sendiri oleh Apandi.

Walaupun ada cukup bukti, Apandi Ali tetap berkata "tiada cukup bukti"
Walaupun ada cukup bukti, Apandi Ali tetap berkata “tiada cukup bukti”
Kita lihat juga alasan (a) dan (b) di atas, Apandi seolah-olah menjadi buta huruf sekejap kerana memperkatakan bahawa Najib tidak mengetahui terdapat wang berjuta-juta di dalam akaunnya sendiri.
Ini sahaja boleh mensabitkan Apandi sebagai seorang yang tidak jujur. Jika Najib memberitahu Apandia yang dia tidak tahu menahu bahawa duit itu datang dari mana, maka kita juga boleh menganugerahkan Najib dan Apandi sebagai Tokoh Pak Pandir Dulu Kini Selamanya.
Kita yang mereka sangka bodoh ini pun kena lah percaya bahawa Najib sememangnya tidak tahu ada duit berjuta-juta masuk, tetapi dia cuma tahu membelanjakan sahaja berjuta-juta duit tersebut dari dalam akaun peribadinya.
Walaupun Apandi menelan pil bodoh setiap hari untuk tidak menjalankan amanah yang mengiringi jawatannya, kita sebagai rakyat Malaysia sedar dan yakin bahawa alasan yang diberikan tidak lojik sama sekali.
Mana mungkin Najib tidak tahu ada wang masuk ke dalam akaun sendiri, tetapi cuma tahu membelanjakannya sahaja. Kita rakyat biasa pastinya akan terperanjat jika di dalam akaun kita tiba-tiba terdapat RM50 juta. Adakah kita akan bertanya kepada bank, dari mana datangnya wang tersebut? Atau adakah kita hanya akan bersiul-siul dan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membeli barangan-barangan mewah seperti yang telah dibongkarkan di dalam bulan Mac yang lepas?
Jika kita membelanjakannya tanpa ingin mengetahui dari mana wang itu datang [seperti alasan (a) dan (b) di atas], maka kita telah berlaku curang dan tidak jujur terhadap harta benda rakyat.
Dan yang lebih penting, oleh kerana Apandi sendiri mengaku Najib mendapat wang berjuta-juta dari SRC, mengapa Najib tidak memulangkan semula wang tersebut kepada SRC? Mengapa dia boleh berjoli sakan menggunakan wang tersebut untuk kepentingan peribadinya? Wang tersebut bukannya harta dia, malah duit rakyat Malaysia. Sudah pulangkan atau belum?
Undang-undang kanun keseksaan seksyen 403 adalah akta mengenai menyalahgunakan harta dengan curang.
Dalam bahasa mudah, A menjumpai seutas gelang berlian. Dia tidak tahu bahawa gelang tersebut adalah milik B. A menjual gelang tersebut untuk mendapatkan wang dan wang tersebut dibelanjakan untuk tujuan peribadi.
A boleh didapati bersalah di bawah Akta 403 Kanun Keseksaan (penjara dari 6 bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda), walaupun dia tidak mengetahuinya milik siapa gelang tersebut pada waktu dia menjumpainya.
A di sini bukan calang-calang orang. Ianya adalah Perdana Menteri Malaysia. Gelang berlian tersebut pun bukan sebarang gelang, tetapi wang dari SRC yang berjuta-juta banyaknya.
Mengambil wang kononnya tanpa sedar dan membelanjakannya untuk kepentingan sendiri tetap menjadi kesalahan mengikut undang-undang Malaysia. Tetapi mengapa Apandi boleh berkata “saya sebagai Pendakwa Raya berpuas hati bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan oleh YAB PM”?
Ini belum lagi dikaitkan dengan Akta Undang-Undang Pencegahan Rasuah 2009, di mana Najib boleh dikatakan melanggar pelbagai seksyen antaranya, seksyen 16 dan 23.
Seksyen 16: Kesalahan menerima suapan
16. Mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain:-
(a) secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau
(b) secara rasuah memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau bagi faedah orang lain
Seksyen 23: Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan
23 (1) Mana mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan
Oleh kerana Apandi telah tidak melakukan tugasnya dengan betul, sebab itulah dia menerima kritikan hebat dari orang ramai. Apandi mesti menepuk dada dan tanya selera sendiri, kenapa dia tidak membuat kerjanya dengan betul.
Berdasarkan undang-undang yang disebut di atas, kita merasa hairan kenapa Apandi masih tidak mahu berjalan di landasan yang benar. Secara munafiknya,dia telah menyebut perkara di bawah:
“Apa saja yang saya lakukan adalah mengikut undang-undang negara. Begitupun, masih ada pihak yang sanggup mengemukakan usul tidak percaya terhadap saya di Dewan Rakyat, mendesak saya untuk meletakkan jawatan, malah mengheret saya ke mahkamah.”
Undang-undang negara mana yang diikutnya? Undang-undang Malaysia, atau undang-undang Najib?
Dia juga telah memberi nasihat ringkas:
“Saya sekali lagi mengingatkan semua pihak supaya menjunjung kedaulatan undang-undang.”
Bukti semua sudah ada. Peguam Negara USA sudahpun menyelongkar aktiviti ‘Malaysian Official 1’ di dalam kes yang dibuat di mahkamah California minggu lepas. Akaun Syarikat 1MDB juga sudah tidak boleh digunapakai kerana terdapat banyak kepincangan dan pecah amanah.
Mungkin Apandi patut mengikut nasihatnya sendiri, barulah susah untuk orang ramai mengkritiknya. -jebatmustdie

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.