`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, January 15, 2017

Annuar Musa kantoi 24 saman tertunggak sejak 16 tahun lepas

CARIAN Syarikat The Red Warriors Sdn Bhd menerusi sistem Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM telah berjaya menemui nama Tan Sri Annuar Musa sebagai penama dan pemegang 'share' syarikat tersebut.


Jika anda terlepas artikel sebelum ini, sila klik link berikut, 


Carian tersebut bukan sahaja menemui nama beliau, malah beberapa butir peribadi seperti alamat rumah dan nombor kad pengenalan, IC (tidak didedahkan).

Aku cuba menggunakan nombor IC tersebut untuk membuat semakan di laman sesawang MyEG. 

Apa yang aku temui sangat mengejutkan, rupa-rupanya, Tan Sri Annuar Musa mempunyai 24 saman-saman tertunggak yang masih belum dijelaskan sejak 16 tahun lalu, iaitu sejak tahun 2000 berjumlah RM4850.


Sebelum ini pernah juga didedahkan bahawa Datuk Jamal Md Yunos (Jamal Jamban) mempunyai 12 saman trafik.


Rupa-rupanya, Tan Sri Annuar Musa lagi banyak saman tertunggak. Jadi jangan hairanlah jika rakyat Malaysia ramai yang tak bayar saman termasuk aku, orang kaya dan pemimpin negara macam Jamal Jamban dan Annuar Musa pun tak bayar saman, apa lagi orang miskin macam aku dan kamu.

Kepimpinan melalui teladan...


-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.