`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, February 22, 2017

KATA-KATA HEBAT SEORANG ENCIK SOMI SEBELUM ISTERI DILANTIK KETUA AUDIT NEGARA

 A member of Malaysia's ruling party United Malays National Organization (UMNO) waves flags as they sing the party's song during the opening ceremony of UMNO general assembly in Kuala Lumpur, Malaysia on Thursday, Nov. 27, 2014. (AP Photo/Vincent Thian)
Di bawah ini antara dua ungkapan kata terhebat yang pernah dilafazkan oleh Redzuan Hamid, Ketua UMNO Bahagian Kepong sebelum isterinya, Dr. Madinah Mohamad dilantik sebagai Ketua Audit Negara yang baru menggantikan Ambrin Buang.
Dr. Madinah dilantik sebagai Ketua Audit Negara yang baru untuk tempoh dua tahun mulai 23 Februari 2017 hingga 22 Februari 2019.
Pertama, Encik Somi (suami) melafazkan kata-kata bahawa beliau sanggup mati demi untuk mempertahankan kedudukan Najib Razak selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Saya berani mati untuk Najib. Jangan sentuh Najib. Kalau mati, kami mahu mati bersama Najib, demikian antara kata-kata Redzuan ketika berucap di Mesyuarat UMNO Bahagian Kepong, tahun lalu.
Kedua, Encik Somi juga mengatakan derma RM2.6 bilion yang diterima Najib melalui akaun peribadinya adalah kerana “pemberi derma” kagum dengan kelantangan Perdana Menteri melawan Yahudi.
Woww…agaknya Encik Somi terlupa atau buat-buat lupa dengan nama syarikat seperti Apco dan Goldman Sachs.
Apakah kerana kehebatan Encik Somi dalam berkata-kata itu, isterinya yang bukan berlatarbelakangkan pendidikan perakaunan/audit pun akhirnya boleh dilantik sebagai Ketua Audit Negara?
Mungkin kita tidak mempertikaikan kemampuan Madinah atas kapasiti penjawat awam dengan tugas terakhirnya sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan sebelum ini, tetapi apakah beliau mampu menganalisa angka-angka secara berkesan dengan tugas barunya nanti?
Mungkinkah juga suatu hari nanti seseorang yang bukan berkelulusan undang-undang boleh dilantik sebagai Peguam Negara?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...




    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.