`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Friday, August 11, 2017

Dua maut dihempap kren

Muhammad dan Helen meninggal dunia dihempap kren yang terbalik di tapak perumahan di Jalan Capital Garden, Kota Samarahan, hari ini.© Provided by Media Prima Muhammad dan Helen meninggal dunia dihempap kren yang terbalik di tapak perumahan di Jalan Capital Garden, Kota Samarahan, hari ini.
mohd.rizal@hmetro.com.my
DUA termasuk wanita maut dihempap kren yang terbalik di tapak perumahan di Jalan Capital Garden, Kota Samarahan, hari ini.
Dalam kejadian 3.50 petang itu, mangsa Muhammad Bake,49, dan Helen Suma Gilbert, 40 meninggal dunia di tempat kejadian.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.55 petang berhubung kejadian itu.
Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan kemudiannya dikerahkan ke lokasi.
"Setibanya ke lokasi mendapati mangsa wanita masih tersepit di bawah batang kren berkenaan.
"Pihak bomba kemudiannya terpaksa menggunakan bantuan dua jentolak bagi mengalihkan batang kren berkenaan," katanya.
Katanya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -nst

No comments:

Post a Comment