`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 13, 2017

Mahkamah Tinggi Alor Setar tolak semakan reman exco Pulau Pinang

Hakim berkata, permohonan itu sepatutnya difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kerana beliau mendapati mahkamah tinggi tersebut merupakan forum sesuai untuk mendengar permohonan itu.
Phee-Boon-Poh-3
ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan semula untuk membatalkan perintah tahanan reman terhadap exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh yang dikeluarkan Mahkamah Majistret George Town.
Hakim Datuk Hashim Hamzah membuat keputusan itu setelah meneliti hujah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan peguam tertuduh.
Hashim berkata, permohonan itu sepatutnya difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kerana beliau mendapati mahkamah tinggi tersebut merupakan forum yang sesuai untuk mendengar permohonan itu.
“Setelah meneliti hujah-hujah, saya berpendapat sepatutnya permohonan ini difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang,” kata hakim.
Permohonan semakan semula itu dikemukakan peguam tertuduh, Ramkarpal Singh dan RSN Rayer dan ia turut dibuat untuk 2 lagi individu yang ditahan SPRM dengan diwakili peguam, Dev Kumaraendran.
Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya SPRM negeri, A Hafiizh Abu Bakar.
Jumaat lepas, Phee ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes sebuah kilang beroperasi secara haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam sejak 10 tahun lepas.
Phee yang juga pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang ditahan semasa memberi keterangan di pejabat SPRM negeri itu.
Semalam, Mahkamah Majistret Pulau Pinang membenarkan perintah reman 5 hari bermula semalam ke atas Phee bersama pengarah dan pengurus kilang itu bagi membantu siasatan SPRM.
Permohonan semakan semula itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini kerana Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang bercuti pada Sabtu.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ramkarpal berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan berkenaan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang esok. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.