`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!







                                                                                                                                     KKLIU 1211/2017
CLICK HERE :http://oze.my/



Saturday, August 12, 2017

Najib: PPBM parti ‘nafsu’, tidak boleh tandingi Umno

Najib berkata sebuah parti yang dinamakannya sebagai 'parti bunga' tidak mempunyai roh perjuangan jelas seperti Umno
najib_umno_melayu_600 (1)MELAKA: Sebuah parti yang berjuang demi nafsu, dendam dan sebab peribadi tidak dapat menandingi roh perjuangan demi kesejahteraan rakyat yang telah menjadi asas Umno sejak ia ditubuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Presiden Umno berkata sebuah parti di negara ini yang dinamakannya sebagai ‘parti bunga’ tidak mempunyai roh perjuangan jelas seperti Umno dan parti itu yang hanya berlandaskan kepada nafsu, dendam serta sebab peribadi tidak akan dapat berdiri kukuh demi perjuangan membela rakyat.
“Parti politik hendak berjaya kena ada hala tuju yang jelas, roh perjuangan (yang) membakar, mengaum (dan) roh perjuangan itu ada (pada Umno) berbanding dengan sehari 2 ini parti bunga itu apa dia hala tuju, apa roh perjuangan (mereka), kalau semata-mata nak balas dendam bertujuan peribadi (dan) perjuangan seperti itu percayalah takkan bertahan lama.
“Perjuangan kerana nafsu dendam nak tolak sesuatu kerana ada kelompok kecil tidak puas hati, tidak boleh tandingi perjuangan Umno yang dibawa sekian lama untuk rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Bukit Katil di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Katil.
Najib berkata dalam usaha Umno meneruskan roh perjuangan itu pada masa kini dan masa hadapan, anggotanya perlu menyemat semangat terus berjuang dan berkhidmat untuk rakyat walaupun tiada jawatan dalam politik.
Beliau berkata kesetiaan sepanjang hayat terhadap Umno oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba yang terus berkhidmat untuk parti dan rakyat tanpa memegang jawatan politik perlu diteladani semua anggota parti.
“Melihat Allahyarham sebagai simbol kesetiaan sepanjang hayat, ketaatan yang sejati dan pejuang Umno yang tulen dan saya masih ingat lagi perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman pernah menyebut Abdul Ghafar kata jawatan tidak penting yang penting adalah parti Umno.
“Sikap seperti ini yang perlu ada dalam diri setiap daripada kita dan lebih-lebih lagi kita nak berjuang untuk menebus maruah kita di Bukit Katil ini. Kita mesti ambil iktibar daripada pejuang seperti Tun Abdul Ghafar,” katanya.
Katanya, sikap kesetiaan Abdul Ghafar itu dilihat turut ada pada diri Mohd Ali meskipun beliau tiada jawatan dalam politik, namun tetap bekerja dan berkhidmat untuk rakyat. - FMT

No comments:

Post a Comment