`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, September 19, 2017

Adegan Datuk Vida berendam dalam tab mandi dikecam netizen

Video baharu yang dirakam dalam masa 24 jam lalu menunjukkan satu babak di mana Vida berendam dalam tab mandi yang dipenuhi wang ringgit dan barangan kemas.
Dr-VidaApabila tidak puas hati dengan hasil kerja, tak salah jika ia dibuat semula.
Kalau macam itu, tindakan usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Vida pun tidaklah salah cuma intipati yang terkandung dalam “buatan semula” itu membuatkan penonton menyimpulkan Vida sebagai riak dan menunjuk-nunjuk.
Selepas tidak berpuas hati dengan video single “I Am Me” sebelum ini, Vida merakam semula video tersebut dibantu pengarah, Ghaz Abu Bakar.
“Saya tidak menyiarkan video itu kerana tidak rasa ia dirakam secara sempurna,” katanya.
“Jadi saya peruntukkan bajet dan masa baharu untuk membuat semula video single itu. Dan video baru ini sangat ‘I Am Me’ jadi saya rancang merasmikannya pada 30 September ini,” katanya petik New Straits Times.
Namun, video baharu yang dirakam dalam masa 24 jam di rumahnya di Ipoh dikatakan menunjukkan satu babak di mana Vida berendam dalam tab mandi.
Tunggu, bukan berendam dalam air tetapi lengkap berpakaian dan bertudung dalam warna pink terang dilihat berendam dalam tab yang dipenuhi wang ringgit dan barangan kemas!
Ya, itulah juga yang menjadikan netizen tarik muka dan menyifatkan usahawan jutawan berusia 45 tahun itu riak dan menunjuk-nunjuk.
Gambar itu bocor selepas dikongsi oleh salah seorang krew produksi, Reen Emran dalam laman Instagramnya Ahad lepas.
Tab mandi itu dipenuhi dengan barang kemas batu permata dan helaian wang ringgit RM100 dan RM50 yang diikat berbanding air dan buih sabun seperti kebiasaan.
Laporan akhbar itu juga menyatakan, Vida ketika dihubungi berkenaan video baharu itu, enggan mendedahkan jumlah kos yang terlibat kerana tidak mahu dilabelkan menunjuk-nunjuk oleh netizen.
Malah beliau juga mempertahankan tindakan itu dengan menyatakan babak mewah di tab mandi sepatutnya dilihat sebagai inspirasi untuk bekerja keras dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk kemewahan dimilikinya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.