`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, September 22, 2017

WAKIL DAP SERTAI CERAMAH DI TEBRAU MALAM INI

WAKIL DAP akan turut serta dalam ceramah Pakatan Harapan (PH) di Tebrau, Johor malam ini tidak sebagaimana laporan media yang membayangkan ada krisis antara DAP bahagian itu dengan parti lain gabungan pembangkang berhubung rundingan pembahagian kerusi pilihan raya.
Pengarah Pilihan Raya PH Johor Salahuddin Ayub berkata ADUN Stulang Andrew Chen akan mewakili DAP pada ceramah di Pasar Khamis, Sungai Tiram malam ini.
“Hanya berlaku kesilapan teknikal saja semasa poster itu dibuat kerana DAP belum sahkan wakilnya.
“Sekarang DAP sudah sahkan wakilnya dan akan turun bersama,” kata Salahuddin kepada The Malaysian Insight.
Salahuddin juga menepis tanggapan bahawa DAP diketepikan oleh PH Tebrau kerana usaha parti itu mahu bertanding di salah satu daripada tiga kerusi Parlimen dalam kawasan “Johor Bahru raya”.
Beliau yang juga timbalan presiden Amanah berkata tanggapan itu tidak tepat.
Tiga kawasan Parlimen yang terletak dalam kawasan Johor Bahru itu ialah Johor Bahru, Tebrau dan Pasir Gudang. Pada pilihan raya umum ke-13, ketiga-tiga kerusi itu ditandingi oleh PKR yang kalah semua kerusi itu.
“DAP memang ada hasrat mahu bertanding di situ dan perbincangan sedang berjalan.
“Itu kawasan PKR sebelum ini, sedangkan penganjur asal majlis malam ini adalah Bersatu Tebrau yang dibuat atas nama PH Tebrau.
“Jadi tidak berbangkit Bersatu pula mahu sekat DAP sedangkan ia kawasan PKR sebelum ini,” kata Salahuddin.
Beliau berkata dasar PH di Johor ialah semua parti akan ada bersama dalam program gabungan pembangkang itu.
Bagaimanapun katanya, kerana masalah teknikal komunikasi, penyertaan wakil DAP lambat disahkan.
Menurut satu risalah yang diedarkan, hanya wakil PKR, Bersatu dan Amanah akan menyertai ceramah malam ini.
Selain Salahuddin, penceramah utama lain ialah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
– M’kini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.