`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 21, 2017

Haram main chess, dam ular dan monopoli, kata penceramah Pulau Pinang

a close up of a man: Shahul-Hamid_talk_game_600747© Provided by MToday News Sdn BhdShahul-Hamid_talk_game_600747
PETALING JAYA: Shahul Hamid Seeni Muhammad yang baru-baru ini mendapat perhatian selepas ceramahnya menegah umat Islam menggunting rambut di kedai bukan Islam di samping pelbagai amalan harian lain, turut menganggap haram hukumnya untuk bermain beberapa permainan popular termasuk dam, ular tangga, catur dan monopoli.
Beliau menjawab soalan sama ada umat Islam dibenarkan bermain game dalam peralatan pintar seperti Ipad.
“Main game, apa yang saya faham, tak boleh main. Hukumnya haram. Main dam tak boleh, main chess tak boleh, main dam ular tak boleh,” katanya ketika menyampaikan kuliah agamanya yang dirakam dan dimuat naik awal tahun lalu di YouTube.
Beliau turut melarang permainan bertemakan hartanah seperti Saidina dan Monopoli.
“Ada hadis, nabi larang kita main sebarang permainan ada dadu,” katanya.
Menurutnya, permainan seperti itu dilarang walaupun tidak melibatkan wang.
“Tapi permainan lagu tu akan membawa kepada judi,” katanya.
Ia merupakan antara puluhan klip ceramah agama Shahul, bekas naib juara program realiti agama “Pencetus Ummah” terbitan Astro, yang boleh ditonton di YouTube.
Shahul baru-baru ini menerima kecaman ramai di media sosial selepas melarang umat Islam mendapatkan khidmat gunting rambut daripada tukang gunting rambut bukan Islam.
“Sejak saya belajar di pondok dan masuk tingkatan 1, sampailah sekarang, saya tak pernah bagi kepala saya kepada orang-orang kafir untuk pegang. Walaupun tak ada dalil dia pegang itu haram…adalah lebih baik kita cari kedai Islam sekurang-kurangnya kita bantu ekonomi orang Islam,” katanya dalam ceramah yang dimuat naik 2 tahun lalu.
Dalam sebuah lagi ceramahnya bulan lalu, Shahul mempersoalkan ucapan harijadi seperti “Happy Birthday” dan “Sanah Helwah”, menganggapnya “jahiliah”. Beliau juga melarang umat Islam menghantar anak ke sekolah kelolaan bukan Islam, dan memberi amaran pergaulan anak mereka di sekolah tersebut akan tersasar daripada ajaran Islam.
Selepas laporan FMT menjadi viral, Shahul, penceramah agama yang kerap berucap di masjid sekitar Pulau Pinang, kemudian diberitakan membuat laporan polis, dan mendakwa beliau tidak menggunakan perkataan “haram”.
Semalam, exco Pulau Pinang untuk Hal Ehwal Islam, Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata pihak berkuasa agama negeri akan menyiasat Shahul, yang juga pengetua Maahad Tahfiz Darul Tahzhib di Bayan Lepas, atas kesalahan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.
Pengumuman itu 2 hari selepas Malik dan Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Wan Ji Wan Hussin, enggan mengambil tindakan terhadap Shahul, sebaliknya mempertahankan haknya bersuara.
Ia di sebalik isu pandangan “esktrem” mengenai Islam yang mendapat perhatian Majlis Raja-Raja baru-baru ini, susulan kontroversi sebuah kedai dobi di Muar yang enggan berurusan dengan pelanggan bukan Islam.
“Imej Islam sebagai agama yang mengalakkan penganutnya bersikap toleran, sederhana dan inklusif wajib dipertahankan daripada dicemari oleh tindakan-tindakan yang bersifat keterluan dan memisahkan rakyat,” kata kenyataan raja Melayu pada 10 Oktober.
‘Jangan beri makan orang tak solat’
Sementara itu, dalam ceramahnya, Shahul mencadangkan game “bersifat Islamik”.
“Tak adakah siapa-siapa engineer… buat game yang bersifat Islamik sikit, walaupun dia main game, tapi dalam masa sama dia faham Islam.
“Saya ingat dulu masa saya mula-mula belajar komputer, dia ada ‘Typing Tutor’.
“Baguslah macam itu, game itu lebih bersifat ilmu.”
Sebuah lagi klip ceramahnya memarahi jemaah masjid yang memberi makan kepada gelandangan yang mengemis di masjid tetapi tidak bersolat.
“Kononnya bagi makan gelandangan. Depa ni sembahyang pun tidak, bagi makan buat apa. Nak bagi makan, bagi makan kat orang sembahyang,” katanya.
“Bagi dekat orang yang sembahyang. Susah sampai tak mau sembahyang, apa benda ni?”
Shahul berkata lebih baik membantu anak-anak tahfiz daripada memberi makan kepada golongan yang mengemis di masjid tetapi tidak bersembahyang.
Menurutnya, membantu mereka yang tidak bersembahyang menjurus kepada “membela orang yang derhaka kepada Allah”.

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ..kalau cebok Guna tiga jari je halal x Ustaz? Lancap Guna tangan kiri haram ker? Tolong Ustaz Saya ni Tak pandai agama...nak pastikan pancutan tu syariah compliance....

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. hanya pendapat sahaja..dari sesaorang.'bukan sesuatu yang wajib
    yang perlu diikuti'.....
    Ulasan yang di beri...sama seperti pendapat pendakwah-pendawah yang mengwar-warkan sesuatu hadis..yang dikira wajib bagi
    umat islam...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.