`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, November 21, 2017

Kerajaan Sabah tumpu pertahan hak istimewa Sabah

Menteri Teo Chee Kang berkata tafsiran siapakah yang betul tidak penting asalkan semua hak Sabah dikembalikan.
teo-chee-kang-sabah-rights
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah tumpu kepada memastikan hak istimewa Sabah tidak diinjak, daripada berdebat mengenai tafsiran Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Tugas-tugas Khas Sabah Datuk Seri Teo Chee Kang berkata ada banyak tafsiran berbeza ke atas perkataan yang digunakan dalam Perlembagaan dan MA63 lalu menyebabkan dokumen tersebut difahami secara berbeza.
“Isu yang lebih utama bukan bentuk tetapi kandungan dokumen itu. Sama ada kita anggap Sabah sebuah negeri, kawasan, negara atau komponen, selagi Sabah dan Sarawak menikmati hak istimewa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tiada siapa boleh ambilnya daripada kita,” katanya.
Teo menjawab soalan Wilfren Bumburing (Parti Cinta Sabah-Tamparuli) di sesi pertanyaan di Dewan Undangan Negeri hari ini.
Teo berkata Sabah dan Sarawak berhak menggubal undang-undang di sektor yang disenaraikan dalam Senarai Negeri, dan mereka juga diberi kuasa istimewa bawah Perlembagaan.
“Secara asasnya, kita berbeza daripada negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Ini hakikat yang tidak boleh dinafikan. Saya rasa tidak bagus bincang semantik,” katanya. 

Bumburing juga bertanyakan bagaimana kerajaan negeri menafsir Perkara 1 Perlembagaan sama ada Sabah salah satu daripada 3 komponen Malaysia atau salah satu daripada 13 negeri persekutuan.
Isu itu antara isu yang hangat didebatkan di media, terutama dalam kalangan MA63.
Aktivis menuntut pindaan 1976 yang “menurunkan” Sabah kepada sebuah negeri dibetulkan agar status sebenar Sabah sebagai rakan sama taraf dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Mereka berkata MA63 tidak ditandatangani oleh mana-mana negeri Persekutuan Tanah Melayu, maka status mereka tidak sama kerana Sabah dan Sarawak antara 5 penandatangan perjanjian itu.
Teo berkata soalan itu sekadar semantik dan oleh itu tidak penting, dan tidak harus digunakan untuk mendapat manfaat politik.
Beliau turut menyentuh mengenai pendapat Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mengatakan Sabah sama seperti negeri lain di Malaysia Barat.
“Kami menghormati pandangan itu. Tetapi bagi kerajaan Sabah, kedua-dua negeri Borneo istimewa berbanding negeri lain di Semenanjung. Ini termaktub dalam Perlembagaan dan tidak boleh diubah,” katanya.
Sementara itu, menjawab soalan Lajim Ukin (Parti Harapan Rakyat Sabah-Klias) yang bertanyakan berapa lama masa diperlukan kerajaan negeri untuk mendapatkan semula semua hak Sabah yang diambil kerajaan persekutuan, Teo berkata kerajaan negeri melalui jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk melihat isu itu sedang menyediakan garis misi.
“Saya tidak boleh ramal berapa lama masa diperlukan. Ada perkara yang boleh dibetulkan melalui keputusan administratif sahaja, tetapi perkara yang perlukan pindaan pada perlembagaan atau undang-undang pasti perlu masa yang panjang,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.