`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, December 13, 2017

Bekas SUK Selangor dilantik pengerusi Mais

Mohammed Khusrin Munawi menggantikan Mohamad Adzib Mohd Isa yang tamat tempoh perkhidmatan sejak 2005.
Khusrin-Munawi
Mohammed Khusrin Munawi menerima watikah pelantikan sebagai pengerusi Mais daripada Sultan Sharafuddin Idris Shah.
KLANG: Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) Datuk Mohammed Khusrin Munawi dilantik sebagai pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) baharu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.
Khusrin menggantikan Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa yang berkhidmat sejak 2005 dan akan tamat 31 Disember ini.
Pelantikan Khusrin diluluskan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengikut Subsekysen 11(1) dan (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.
Perlantikan itu dibuat dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Watikah Perlantikan Mais bagi sesi 2018-2020.
Khusrin mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 1986 dan mengangkat sumpah sebagai SUK Selangor pada 2011 yang kemudiannya bersara wajib pada 12 Disember 2015.
Sebelum menjawat jawatan SUK Selangor, beliau adalah pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Dalam majlis yang sama, Sultan Selangor turut berkenan melantik 3 ahli Mais yang baharu iaitu Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) Mohd Farid Ravi Abdullah.
Dua lagi yang turut dilantik ialah Pensyarah Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam Universiti Malaya (UM) Prof Madya Khadijah Mohd Khambali@Hambali dan Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) Prof Madya Yasmin Hanani Mohd Safian. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.