`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, December 13, 2017

DR MAHATHIR, AHLI POLITIK PERTAMA PULANGKAN ANUGERAH ISTANA

DI Malaysia, ramai ahli politik menerima anugerah kerajaan dan beberapa orang mungkin pernah ditarik semula anugerah tetapi tiada siapa yang sanggup memulangkannya, kecuali Dr Mahathir Mohamad dan Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Bekas perdana menteri dan isterinya mengembalikan anugerah yang diterimpa kepada istana Selangor pada Khamis lepas, susulan kenyataan Sultan Selangor mengenai Dr Mahathir dalam satu temu bual akhbar.
The Malaysian Insight mengimbas semula beberapa ahli politik yang pernah dibatalkan anugerah mereka.
* Pada Disember 2010, Ahli Parlimen Gua Mustang Tengku Razaleigh Hamzah dilucutkan dua anugerah daripada Kelantan yang diberikan kepadanya oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V Tuanku Faris Petra Sultan Ismail Petra.
Anugerah tersebut adalah Darjah Kerabat Yang Amat Di Hormati dan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia kerana didakwa membuat pernyataan memudaratkan pemerintah negeri.
* Pada tahun yang sama, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali juga menyaksikan kelayakannya dibatalkan oleh istana Kelantan.
Tiada alasan diberikan berhubung pembatalan itu tetapi Ibrahim yang merupakan ahli Parlimen Pasir Mas, pada masa itu mengeluarkan kenyataan yang dianggap bersifat perkauman.
Beliau dianugerahkan gelaran pada 2003 oleh Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra. Beliau juga dianugerahkan gelaran “Datuk” dari Melaka pada 1994 dan Selangor pada 1999.
* Pada 2010, bekas menteri kesihatan Chua Jui Meng turut dibatalkan dua anugerah oleh istana Johor.
Chua, bekas naib presiden MCA, meninggalkan parti itu dan menyertai PKR tahun lalu dan berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa pusat ketika anugerah itu dibatalkan.
Bekas ahli Parlimen Bakri itu juga menerima gelaran “Datuk” dari Pahang dan Selangor pada 2002 dan 2003.
* Pada 2011, bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dilucutkan gelaran “Datuk Seri” apabila didakwa dengan rasuah.
Sebelum itu, gelaran “Datuk Seri” beliau digantung dengan syarat ia akan dikaji semula jika didapati tidak bersalah.
Khir kemudian didapati bersalah pada Disember 2011 dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan.
* Pada 2014, istana Selangor juga melucutkan gelaran “Datuk Seri” ahli politik dan pemimpin de facto PKR Anwar Ibrahim yang dianugerahkan kepadanya pada 1992 kerana “berulang kali mempersoalkan integriti sultan dalam menangani krisis menteri besar Selangor, dan juga mempersoalkan isu lain yang berkaitan dengan Islam”.
Menteri besar ketika itu adalah Khalid Ibrahim yang dibuang oleh PKR dan digantikan dengan Mohamed Azmin Ali.
– https://www.themalaysianinsight.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.