`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, December 13, 2017

SPR: Tiada keperluan PRK di Jelebu

Ini kerana waktu terdapat kekosongan luar jangka melepasi tempoh kurang daripada 2 tahun sebelum Parlimen dibubar.
Mohd-Hashim-Abdullah_spr_undi_600new
KUALA LUMPUR: Tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Jelebu ekoran kematian penyandangnya Datuk Zainuddin Ismail awal bulan ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
Ini memandangkan waktu terdapatnya kekosongan luar jangka itu berlaku melepasi tempoh kurang daripada 2 tahun sebelum Parlimen dibubar, jelas Mohd Hashim menerusi kenyataan media.
“Memandangkan tempoh mandat Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 telah melebihi tempoh 3 tahun dan tiada pemberitahuan oleh Speaker mengenai keperluan mengisi kekosongan luar jangka itu, maka SPR meluluskan tiada PRK bagi kerusi Jelebu akan dijalankan,” katanya.
Menurut Mohd Hashim, beliau menerima surat makluman rasmi mengenai kekosongan kerusi tersebut daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada 12 Disember lepas.
Beliau menjelaskan, mengikut Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, jika terdapat kekosongan luar jangka yang dipastikan dalam tempoh 2 tahun sebelum mandat diberikan kepada kerajaan Persekutuan akan terbubar, maka kekosongan luar jangka itu tidak boleh diisi, melainkan Speaker Dewan Rakyat menyatakan keperluan berbuat demikian.
Zainuddin, 58, meninggal dunia pada 6 Disember lepas akibat komplikasi ketumbuhan pada otak. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.