`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, December 13, 2017

UTUSAN MALAYSIA MESTI MEMINTA AMPUN DAN MAAF PADA SULTAN SELANGOR

Di muka satu Utusan Malaysia  hariini terpampang promo berita  muka 6 :Pulang pingat: Bukti Dr.Mahathir bongkak tetapi apabila anda membaca berita ini kandungannya tidak  ada sesiapa pun yang mengatakan demikian kecuali mengenai  Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah akan megeluarkan kenyataan berhubung dengan pemulangan darjah kebesaran oleh Dr.Mahathir dan isterinya.(lihat kenyataan baginda di bawah sekali)
Namun oleh kerana terpampang gambar Setiausaha Sulit Sultan Mohamad Munir Bani  bersama berita itu dan tanpa catitan sesiapun yang berkata demikian maka  persepsi pembaca kata-kata itu  adalah dari Sultan Selangor kerana ini adalah merupakan berita dan bukannya suatu analisis. Jelas menunjukan Utusan Malaysia cuba mengelirukan rakyat.
Ini adalah suatu perbuatan yang tidak beretika untuk cuba menyeret  Istana khususnya Sultan  Selangor kedalam keadaan berkonfrantasi  secara langsung dengan Tun Dr Mahathir. Utusan mahu memperalatkan Sultan Selangor  untuk kepentingan matlamat politik dengan menggunakan Journalisme  di taraf yang paling rendah yang tidak cukup dengan tulisan dan berita yang bias pada setiap hari . Sekarang  secara tidak langsung cuba pula meletakan kata pada mulut yang tidak berkata.
Saya rasa adalah sewajarnya  Utusan Malaysia memohon ampun dan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah  kerana cuba mengheretnya  ke dalam krisis politik yang boleh memecahbelahkan rakyat.
Cukuplah bagi UMNO mengheret Istana  ke dalam kancah politik untuk menutup kelemahannya sehingga rakyat merasakan jika UMNO boleh berbuat demikian maka mengapa  mereka tidak boleh.
Rakyat mesti terus mempertahankan kesucian perlembagaan dan kedaulatan Sultan dan Raja-Raja.
Orang ramai tentu menyangka kenyataan dari Istana akan mempunyai unsur politik atas tindakan keras Dr. Mahathir dan Isteri  tetapi nyatalah kehalusan dan keagungan peradaban Istana tetap dipelihara oleh Sulan Selangor dalam kenyataan bersih dan ringkas baginda:

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan menerima kembali darjah kebesaran yang dipulangkan Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Dewan Diraja Selangor, baginda mengesahkan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah sudah memulangkan dan menyerahkan kembali darjah kebesaran yang diterima daripada Istana Selangor.
“Dengan itu, dimaklumkan Sultan Selangor berkenan menerima pemulangan kembali darjah dan bintang kebesaran Selangor itu oleh Dr Mahathir Mohamad dan Dr Siti Hasmah Mohd Ali   tanpa halangan,” kata Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais dalam satu kenyataan hari ini.
“Tindakan mewartakan pembatalan kurniaan darjah dan bintang kebesaran Selangor tersebut akan dilakukan mengikut prosedur dan proses yang ditetapkan.”
Semalam The Malaysian Insight melaporkan Dr Mahathir memulangkan dua darjah kebesaran tertinggi yang diterimanya dari Istana Selangor.
– http://zamkata.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.