`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, January 22, 2018

Asri akan jawab selepas dikaitkan dengan kehilangan Amri

Mufti akan mengeluarkan kenyataan selepas isteri aktivis yang hilang, Norhayati Ariffin, mengesyaki penglibatan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.
Mohd-Asri-Zainul-Abidin_Norhayati-Ariffin_600
PETALING JAYA: Mufti Perlis hari ini berkata satu kenyataan akan dikeluarkan untuk menjawab isteri aktivis Perlis Hope yang hilang, Norhayati Ariffin, yang mengesyaki penglibatan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata demikian di Facebook hari ini.
Terdahulu, Norhayati di siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini menamakan Asri antara mereka yang tidak senang dengan aktiviti kebajikan yang dijalankan suaminya, Amri Che Mat, bawah Perlis Hope.
“Beberapa media telah menyiarkan bahawa pihak Perlis Hope telah membuat beberapa dakwaan kepada Suhakam. Nama MAIPs, pihak polis dan saya juga dikaitkan dengan isu kehilangan aktivis Syiah berkenaan.
“Perlis Hope merasakan saya sejak awal lagi tidak puas hati dengan aktiviti kebajikan mereka kerana seakan menunjukkan MAIPs tidak berkerja. Benarkah begitu,” kata Asri.
Beliau turut meminta pembaca untuk melihat semula catatan “Syiah Mula Menyerap Masuk Ke Perlis” di Facebook bertarikh 12 Oktober 2016.
“Lihat posting saya yang barang kali Perlis Hope merasakan saya tidak puas hati dengan mereka. Baca dengan baik,” katanya.
Amri, 44, pengasas bersama persatuan kebajikan Perlis Hope, hilang sejak 24 November 2016 lepas.
Sebelum ini Norhayati berkata saksi ternampak 5 buah kenderaan menghalang laluan kereta Toyota Fortuner milik Amri, sebelum beliau dibawa pergi, kira-kira 550m daripada rumah mereka di Bukit Chabang, Perlis.
Sebelum ini, terdapat spekulasi beliau terlibat dalam penyebaran ajaran Syiah, aliran Islam yang difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama Malaysia. Dakwaan itu ditolak Norhayati.
Asri, kata Norhayati, pernah menuduh Perlis Hope yang diketuai suaminya kononnya mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan.
Menurutnya, 3 tahun lalu, Asri merupakan antara 20 pegawai Jabatan Mufti Perlis dan polis yang membuat serbuan di rumahnya mencari suaminya untuk disoal siasat. -Mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.