`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, January 22, 2018

HADI AKHIRNYA DEDAH IDAMAN KALBU PAS IALAH UMNO/BN

Presiden Pas, Hadi Awang tidak menolak kemungkinan parti itu akan bekerjasama dengan parti lain  untuk membentuk kerajaan campuran selepas PRU 14 akan datang.
“Pas akan bertanding lebih 130 kerusi daripada 222 kawasan Parlimen dan akan berusaha mendapat sekurang-kurangnya majoriti mudah.
“Pas mahu bentuk kerajaan atau menyertai pembentukan kerajaan, bukan lagi sebagai pembangkang yang lemah selepas PRU 14,” kata Hadi lagi.
Dengan pengakuan Hadi kali ini, ia dengan sendirinya mengesah serta mendedahkan hasrat sebenar Pas yang umpama terang lagi bersuluh mahu bekerjasama dengan UMNO/BN selepas pilihanraya nanti.
Bertanding hanya  sekitar 130 kerusi daripada 222 kerusi, adalah mustahil Pas mampu menang 112 daripadanya bagi meraih kemenangan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan sendiri.
Jadi, bagaimana majoriti mudah itu mahu dicapai atau ia sekadar untuk mengabui hati penyokong Pas sahaja?
Lagi pula Pas sebelum ini menyatakan sasaran mereka hanya mahu menang 40 kerusi Parlimen saja bagi membolehkannya menjadi kuasa penentu kepada pihak yang ingin menubuhkan kerajaan.
Dalam hal ini, apabila Hadi menyatakan Pas tidak menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan parti lain bagi menubuhkan kerajaan, sudah tentu pihak yang ingin dibantunya membentuk kerajaan ialah UMNO dan BN.
Mustahil sama sekali Pas mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Mahathir serta didalamnya ada DAP dan Amanah.
Kata Hadi juga, Pas tidak mahu lagi menjadi pembangkang yang lemah selepas PRU 14 nanti.
Ini bermakna, tak kira berapa banyak  kerusi yang dimenangi Pas, jangankan 40, malah jika 4 sekali pun dan sekiranya UMNO/BN ditakdirkan menang lagi, ia tetap akan bekerjasama dengan parti yang pernah digelarnya assabiyah itu.
Daripada kenyataan Hadi itu, beliau ternampak sudah letih untuk menjadi pembangkang yang lemah seperti sekarang dan kini masanya ingin bertukar menjadi sebahagian kerajaan pula.
Cuma, Pas seperti masih malu-malu kucing untuk menyatakan secara terbuka idaman kalbunya ialah Najib, UMNO dan BN.
Oleh itu, tidak diragui lagi, memberi undi, apalagi menghadiahkan kemenangan walau satu kerusi kepada Pas, adalah sama seperti menyokong kekalnya kerajaan kleptoktasi UMNO/BN pimpinan Najib.
– http://shahbudindotcom.blogspot.ae

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.