`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, January 22, 2018

Lelaki hina Islam, Melayu dalam FB ditahan

bhnews@bh.com.my
JELEBU: Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan di rumahnya di Simpang Durian di sini, awal pagi tadi, kerana dipercayai memuat naik status yang menyinggung perasaan umat Islam dalam laman Facebook miliknya.
Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata suspek ditahan jam 1.30 pagi berikutan laporan polis dibuat seorang guru berusia 53 tahun kira-kira dua jam sebelum itu.
a screenshot of a cell phone: STATUS yang dipercayai dimuat naik suspek dalam laman Facebook miliknya.© Provided by Media Prima STATUS yang dipercayai dimuat naik suspek dalam laman Facebook miliknya.
"Polis merampas sebuah telefon bimbit bersama dua kad sim daripada suspek yang mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah harta benda.
"Dia direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya di sini, hari ini.
Selain dipercayai menghina agama Islam, beliau berkata, suspek didakwa melakukan provokasi terhadap orang Melayu melalui statusnya dalam laman sosial itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.