`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 23, 2018

SHAFIE DISIASAT BERHUBUNG KENYATAAN RELA

PEMIMPIN Parti Warisan Sabah Shafie Apdal disoal siasat oleh polis Sabah hari ini berhubung kenyataan yang memperkecilkan peranan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sebelum ini pada satu program Bicara Presiden.
Video berdurasi 24 saat memaparkan Shafie berucap di Tuaran dan mengatakan anggota Rela tidak tahu bagaimana menguruskan senjata api dan bom menyebabkan kemarahan dalam kalangan anggota Rela di seluruh negara minggu lalu.
Beberapa laporan polis turut dibuat berhubung video berkenaan, dengan anggota Rela menuntut Shafie membuat permohonan maaf secara terbuka.
Ketika ditemui di kediamannya, Shafie tetap berpendirian tiada apa yang salah dalam ucapannya dan berkata beliau percaya video berkenaan diubah untuk menjadikan dirinya kelihatan seolah-olah mempersoalkan “kemampuan” anggota Rela menguruskan senjata api.
“Komen saya terhadap Rela adalah saya bimbang dengan keselamatan dan kebajikan mereka. Ada saudara mara saya yang juga ahli Rela dan mereka menghubugi saya dan memberitahu mereka ditugaskan diSemporna dan Lahad Datu, yang mana perintah berkurung dijalankan dari senja hingga ke subuh di Pantai Timur Sabah.
“Mereka hanya diberikan uniform setiap seorang, dan diberikan baton kayu sebagai senjata. Kini bagaimana mereka nak berdepan dengan kumpulan bersenjata seperti Abu Sayyaf dan jenayah meerentas sempadan,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Taman Golfview di Penampang.
– https://www.themalaysianinsight.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.