`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, March 18, 2018

Selepas minta lulus dana, PAS dakwa Azmin abai 3 exconya



SHAH ALAM: PAS Selangor mendakwa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali mengabaikan 3 exco parti Islamis itu walaupun mereka turut terlibat meluluskan RM612,000 untuk penganjuran Karnival Himpunan Rakyat semalam.
Pesuruhjaya Sallehen Mukhyi berkata Exco Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib tidak dilibatkan dalam program yang meraikan ulangtahun ke-10 kerajaan Selangor pimpinan parti pembangkang nasional.
“Minta semua exco temasuk exco kita meluluskan peruntukan tetapi program ini tidak melibatkan exco kita. Diangkut orang lain untuk bercakap tentang kejayaan kerajaan Selangor,” kata Sallehen di satu program munajat perdana di Shah Alam malam tadi.
Beliau kesal pentadbiran Azmin lebih rela membawa pihak lain untuk berucap sedangkan wakil PAS masih berada dalam kerajaan negeri.
Sallehen mengingatkan karnival itu bukan acara parti dan rakyat juga memberi mandat kepada PAS untuk mentadbir Selangor bersama PKR dan DAP.
“Diangkut orang lain, diangkut pimpinan PKR untuk bercakap walaupun kita ada exco agama, diminta orang lain bercakap tentang agama, tentang bagaimana kejayaan kita merangsang program agama di Selangor ini.
“Ini satu penghinaan kepada exco-exco kita,” katanya.
PAS jawab Azmin
Sementara itu, Sallehen turut menjawab Azmin yang menuduh PAS cuba mengheret Istana Selangor ke dalam isu pembekuan peruntukan kepada para Adun PAS.
Menteri besar itu membuat tuduhan itu selepas Sallehen pada Isnin mengemukakan surat memaklumkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mengenai situasi sebenar selepas Azmin didakwa menyekat peruntukan tahunan 13 wakil rakyat PAS sejak 2 bulan lalu.
Azmin dilaporkan berkata isu itu soal pentadbiran dan PAS tidak perlu memaklumkan kepada Istana Selangor.
“Kepada siapa kita nak mengadu cerita yang betul? Sebelum ini, apa yang diberitahu kepada kita sangat tidak tepat.
“Kita tanya menteri besar, beliau kata jumpa pegawai daerah. Jumpa pegawai daerah, dia kata jumpa menteri besar. Begitulah keadaannya.
“Sebenarnya niatnya memang tidak mahu memberikan peruntukan kepada kita,” kata Sallehen. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.