`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, March 18, 2018

Tengku Adnan nafi sewa rumah PPR di KL akan dinaikkan



KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa kadar sewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara akan dinaikkan.
Katanya, kadar sewa dan kadar cukai sedia ada akan dikekalkan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga tidak mempunyai perancangan untuk menaikkan kadar tersebut.
Beliau mengingatkan penghuni PPR dan PA supaya tidak mempercayai “fitnah” yang disebarkan.
“Saya bukan kejam macam kerajaan DAP di Pulau Pinang. Apa yang kerajaan laksanakan semuanya demi kebaikan dan keselesaan untuk rakyat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Tempat Letak Kereta Bertingkat PPR Beringin.
Beliau berkata, DBKL akan membangunkan tempat letak kereta 6 tingkat bernilai kira-kira RM15 juta di PPR Beringin bagi menyelesaikan masalah kekurangan ruang parkir.
Katanya, tempat letak kereta yang akan dibina di tapak seluas 11,130 meter persegi yang merangkumi 277 petak parkir itu turut dilengkapi dengan sebuah perpustakaan dan kedai serbaneka.
“Manakala satu lagi projek tempat letak kereta 8 tingkat di PPR Intan Baiduri sudah siap sepenuhnya. Kemudahan ini menyediakan sebanyak 387 petak parkir dan 2 gelanggang futsal dan kedai serbaneka,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.